ANWAR IBRAHIM SAKIT OTAK ?

Anwar-Pura Cedera

Sepanjang kempen Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut, Anwar Ibrahim belum sekali datang untuk berkempen atau menjenguk muka. Walhal dalam keadaan biasa, tanpa pilihanraya pun, Anwar Ibrahim sanggup bergerak ke sana ke mari, termasuklah ke kawasan pedalaman semata-mata untuk berkempen.

Keadaan itu tidak berlaku di Kuala Besut. Anwar Ibrahim seperti terkena sumpahan, tidak boleh menjejakkan kaki ke tanah Kuala Besut atau dia akan muntah darah. Bahkan cakap tentang Kuala Besut sekalipun, Anwar Ibrahim kelihatan cukup sukar untuk melakukannya.

Ramai yang beranggapan, Anwar Ibrahim hanya menunggu masa dan saat-saat terakhir untuk muncul di Kuala Besut bagi mewujudkan gelombang sokongan kepada PAS. Apabila dia berjaya berbuat begitu, Anwar Ibrahim akan menggunakan keadaan berkenaan untuk menunjukkan kepada PAS bahawa dia jauh lebih baik berbanding Presiden PAS yang dikatakan lemah dan tidak berwibawa langsung.

Di Parlimen pun, Anwar Ibrahim kurang menyengat dan kurang menimbulkan polemik sebagaimana yang sering dilakukannya sebelum ini. Budak-budak suruhannya seperti Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar Mohd Akin, lebih banyak bermain kemaluan sendiri sebelum hujah mereka dipatahkan dan kemudian terpaksa menimbulkan isu lain.

Apa sebenarnya yang telah berlaku?

Apakah Anwar Ibrahim sudah keletihan dan kehabisan tenaga? Atau adakah Anwar Ibrahims ebenarnya sedang memberikan ruang yang lebih besar kepada DAP yang selama ini bergerak di belakangnya untuk membuktikan bahawa DAP sebenarnya lebih bijak dengan taktik serta teknik serangan yang tidak membabi buta, sepertimana yang ditunjukkan sebelum ini?

Persoalan demi persoalan boleh ditimbulkan tetapi yang pasti, manusia seperti Anwar Ibrahim tidak akan berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja. Dia tentu ada rancangan besar untuk menimbulkan kegemparan dan gimik seperti yang biasa dilakukannya di Kuala Besut.

Kita tunggu sama-sama!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s