ARKITEK SCORPENE ‘TELANJANGKAN’ PUAK PR !!

Dalam satu temubual bersama Haris Hussain, arkitek pembelian Kapal Selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl buat pertama kalinya membuka mulut berkenaan perjanjian yang kononya penuh kontroversi itu. Di sini, Jasbir Singh Chahl, menyanggah tuduhan Suaram sekaligus memadamkan kaitan antara mendiang Altantuya dan isu pembelian kapal selam Scorpene. 
Pada tahun 1984, seorang ejen insuran dari Baltimore, Maryland, telah menerbitkan sebuah buku novel fiksyen berkenaan seorang komander kapal selam Russia yang ingin belot kepada negaranya dan memihak kepada Amerika Syarikat. Cerita tersebut memaparkan bahawa kapal selam Russia itu merupakan kapal nuklear tercanggih pada zamannya.
“The Hunt For Red October” judul cerita fiksyen tersebut adalah “kononnya” diinspirasikan oleh kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 1975 di atas kapal pemusnah Russia Storozhevoy dan menjadi novel pertama Tom Clancy di peringkat antarabangsa. Presiden Ronald Reagan pada ketika itu  menggelarkannya sebagai sebuah cerita dongeng yang hebat.
Di Malaysia pula, kisah kapal selam juga merupakan dongengan yang sering diputarkan oleh beberapa pihak.
Pada tahun 2010, Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) telah menfailkan tuduhan di mahkamah Perancis, menyatakan bahawa firma perniagaan Perancis yang bernama DCNS telah membayar RM 452 juta sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan Malaysia untuk mendapatkan satu kontrak. Tuduhan ini telah menjadi salah satu rentetan tuduhan melampau berkenaan isu Scorpene sehingga melibatkan beberapa pihak yang pada logiknya tidak ada kene mengena dengan hal tersebut.
Bertahun sudah berlalu dan satu jaringan teori konspirasi telah dianyam dan akhirnya kaitan berkenaan perjanjian jual beli kapal selam itu dan Altantuya telah dikaitkan hanya melalui teori. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya cerita teori konspirasi ini sealiran dengan mana-mana filem Hollywood. Ini kerana dek penangan pemikir-pemikir tertentu berkenaan teori Altantuya dan Scorpene, maka timbullah cerita berkenaan korupsi, penipuan, seks dan pembunuhan.
April ini, satu laporan daripada media arus perdana Sepanyol dan Perancis telah mempersoalkan tindakan taksub dan gila Suaram berkenaan kes tersebut, sehingga media mereka menyifatkan sistem mahkamah Perancis telah dipermain-mainkan oleh Suaram dan konco-konco mereka. Jumaat lepas, Suaram telah mengadakan aktiviti mengutip derma, lantas fitnah dan tuduhan baru pula dilemparkan kepada Kerajaan Malaysia.
Selepas beberapa bulan mencuba, akhbar New Straits Times telah berjaya mendapat satu temubual dengan seorang individu yang menjadi penggerak kepada perjanjian Scorpene ini. Bukan mudah untuk mendapat peluang menemubual individu tersebut. Temubual bersama Jasbir Singh Chahl ini diharap dapat membuka mata seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui tentang kebenaran isu Scorpene.
Sebelum perjumpaan ini dilakukan, Chahl telah menolak untuk membuat apa-apa kenyataan berkenaan kes ini, beliau bimbang akan dikenakan tindakan menghina mahkamah. Sepanjang ini, beliau telah berhubungan dengan pihak penguatkuasa Perancis dan para penyiasat dimana beliau mempunyai bukti untuk setiap kenyataan yang dikeluarkannya.
Semasa berkunjung kerumah beliau, yang terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur, lelaki yang dibesarkan dengan pendidikan Inggeris ini terhenti seketika semasa menyusun cawan-cawan teh yang berada di depannya dan berkata “Saya berani bersumpah di bawah buku suci Guru Granth Sahib, yang saya tidak tahu dan tidak kenal perempuan tersebut, dan dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kami, saya tidak pernah melihat dia, dan dia tidak berada di Perancis pada masa itu, iaitu semasa kami sedang berusaha untuk mendapatkan perjanjian terbaik untuk Malaysia. Saya hanya tahu berkenaan beliau apabila surat khabar menyiarkan berita bahawa mayat beliau telah dijumpai”.
Salah satu daripada cerita dongeng yang telah dijaja dan diterima oleh sebahagian rakyat Malaysia ialah cerita kononnya Altantuya adalah seorang penterjemah kepada Abdul Razak Bagnda yang juga telah membantu Chahl untuk mendapatkan projek tersebut.
Perbincangan bermula pada tahun 2000 dan persetujuan telah berjaya dicapai pada tahun 2002. Jikalau benar Altantuya adalah penterjemah Razak Baginda, maka beliau sepatutnya hadir dalam semua mesyuarat sejak tahun 2000.
Akan tetapi, di dalam dokumen rasmi kerajaan Perancis yang telah diberikan kepada New Straits Times, Polis Perancis telah menyatakan bahawa Altantuya tidak pernah datang ke Perancis dari tahun 1999 hingga 2006. Sedangkan sebahagian perjumpaan berkenaan Scorpene telah diadakan di Perancis dan sebahagiannya di Malaysia.
Semua dokumen untuk perjanjian adalah dalam Bahasa Inggeris, “Ini bukanlah sesuatu yang saya katakan, tetapi ianya adalah yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis, polis Perancis dan badan siasatan kehakiman Perancis .”
Mengikut keterangan yang dibuat oleh Razak Baginda di dalam mahkamah, beliau hanya berjumpa dengan Altantuya pada lewat tahun 2004. Perjanjian Scorpene telah dirumuskan pada tahun 2002. Satu lagi tuduhan yang dibuat oleh pro-pembangkang adalah disebabkan oleh pemahaman terhadap Gallic dan cara perlaksanaan syarikat Perancis DCNS menjalankan perniagaan mereka di seluruh dunia.
Pihak pro-pembangkang menyatakan kononya kerana DCNS adalah syarikat Perancis, maka perjanjian yang diadakan mesti dilakukan dalam bahasa Perancis. Sedangkan di dalam bidang perniagaan pertahanan, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara.
Tambahan dengan itu, pasukan Perancis diketuai oleh seorang lelaki Inggeris yang bernama Martin Hill, yang juga fasih berbahasa Perancis. Sekiranya, pasukan mereka memerlukan penterjemah, mereka tidak perlu menggunakan khidmat penterjemah luar, dan pastinya bukan seorang Mongolia yang tidak diketahui asal usulnya.
Di dalam satu kenyataan kepada pihak berkuasa Perancis pada tahun 2010, bekas pengurus pemasaran DCNS untuk Malaysia dan SIngapura pada ketika itu, Fredric Faura, telah memberitahu para penyiasat bahawa tidak perlu untuk mendapatkan khidmat penterjemah kerana rakyat Malaysia fasih berbahasa Inggeris.
“Anda bertanya kepada saya mengapa blog-blog mengatakan bahawa budak perempuan ini (Altantuya) ada kaitan dengan Razak Baginda. Anda perlu bertanya kepada penulis blog-blog tersebut”.
Chahl juga berpendapat bahawa mengapa tiada pihak yang mempersoalkan kredibiliti pihak pembangkang yang telah memaparkan sekeping gambar palsu (yang mereka juga akui sebagai palsu) kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Ini semuanya, adalah masalah peribadi antara Razak Baginda dan Altantuya. Apa sahaja isu antara Razak dan Altantuya tiada kaitan dengan perjanjian Scorpene. Adalah malang untuk kita semua, hal yang berlaku antara mereka berdua dikaitkan dengan perjanjian kapal selam tersebut. Razak Baginda merupakan satu-satunya perkara yang mengaitkan kedua-dua isu tersebut. Walaupun pada asasnya hal Altantuya adalah hal peribadi Razak dan bukannya orang lain”.
Jasbir Singh Chahl telah memulakan kerjaya beliau di dalam bidang pertahanan, industri minyak dan gas pada umur yang begitu muda. Semasa beliau berumur 20an beliau telah bekerja di London bersama sebuah firma Timur Tengah yang pakar dalam bidang pertahanan dan pembangunan. Disana beliau diberikan tugas untuk memastikan perjanjian yang bernilai jutaan dollar berjaya dimeterai.
Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kontraktor dari Eropah dan di seluruh dunia. Apabila beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 beliau amat dikenali di arena korporat Malaysia. Pada tahun 1996 hingga 1998, Chahl bekerja dengan Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, France’s Thomson-CSF (sekarang Thales), Offshore Patrol Vessels (OPV) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, selain itu beliau juga banyak terlibat di dalam projek berkenaan pertahanan Malaysia.
Hubungan beliau dan Thomson-CSF bertaut semula apabila syarikat tersebut memerlukan kepakaran beliau dalam pembangunan strategik dan maklumat yang boleh digunakan untuk kepentingan Kerajaan Malaysia di dalam beberapa projek pertahanan. Semasa perbincangan inilah, syarikat tersebut telah mengusulkan untuk memberi fokus kepada penjualan kapal selam di Malaysia. Ini merupakan sesuatu yang syarikat tersebut telah usahakan selama sedekad tetapi mereka tidak berjaya menyaksikan apa-apa perkembangan.  Syarikat tersebut berpendapat bahawa masa yang sesuai merupakan satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan. Kesemua pihak termasuk TLDM telah berbincang untuk menganalisa, menilai dan membangunkan cadangan untuk membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menjadi titik tolak kepada pembelian kapal selam Scorpene.
SATU daripada isu utama di dalam perjanjian kapal selam Scorpene adalah berkaitan dengan perkataan “komisyen”.
Khususnya, 115 juta Euro (RM452 juta) yang telah dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengetuai logistik dan latihan pegawai-pegawai  dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Dan Jasbir Singh Chahl mempunyai masalah besar dengan itu.
“Jumlah itu sebenarnya adalah untuk servis yuran pentadbiran, “ kata Chahl dengan nada geram dan marahk.
Para pengkritik telah berjaya untuk menjadikannya hujah yang mudah untuk menunjukkan contoh ketamakan tidak terbatas ; bahawa ia telah berjaya ke tahap yang tertentu, dalam melukiskan gambar yang wang telah dibayar ke tangan pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat-syarikat sebagai pemudah cara. Perkara ini membuatkan Chahl merasa jelek.
Untuk makluman, Perimekar, iatu sebuah syarikat yang telah diaudit, dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, tabung pencen Tentera Laut, LTAT, dan syarikat industri, Boustead dimana kedua-duanya juga telah diaudit.
Yuran tersebut merangkumi pentadbiran projek dan servis-servis integrasi projek, menyelaraskan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam program penyertaan industri, termasuk di dalam penyediaan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan memantau prestasi syarikat yang terlibat. Ia juga membantu kontraktor utama mematuhi semua undang-undang dan tatacara yang berhubungan dengan pemberian kontrak tempatan, menyelaras dan memantau latihan anggota TLDM selaras dengan kontrak utama dan selaras dengan harapan kerajaan Malaysian dan TLDM. Ini juga termasuk menyediakan laporan bulanan bagi semua perkara di atas.
Sebahagian besar daripada yuran tersebut adalah untuk penyediaan penginapan dan semua perkhidmatan yang diperlukan untuk latihan kakitang TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis, dan Sepanyol, untuk jangkamasa enam tahun, termasuklah premium insurans kesihatan dan elaun harian minima 50 Euro setiap seorang. Kos-kos lain termasuklah kos perjalanan pulang ke Malaysia sebanyak tiga kali setahun. Kesemua 145 anggota TLDM, termasuklah 49 pegawai dan tanggungan mereka dirangkumi oleh yuran ini.
“Kita telah difitnah untuk dilihat sebagai orang yang mengaut keuntungan, dan goyang kaki, sedangkan pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras yang telah dilakukan,” kata Chahl.
Untuk makluman, keuntungan Perimekar selepas cukai adalah sebanyak RM105,111,191. “Tawaran komersial tersebut adalah menarik kerana keunggulan program penyertaan industri yang telah kita hasilkan. Program jualbeli dan “offset” yang kami tawarkan sebagai sebahagian daripada keseluruhan tawaran juga berpihak kepada kita.”
 “Berdasarkan kekuatan dan kelebihan komersial cadangan itu, kita tidak perlu  untuk melobi sesiapa untuk mempengaruhi proses penilaian komersial. Tidak ada sebab untuk kami berbuat demikian.”
 “Scorpene merupakan kapal selam tanpa nuklear terbaik yang telah negara kita pilih”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s