BN KEKAL MILIK DUN MANJOI DAN PASIR PANJANG

Mahkamah Pilihan Raya Batu Gajah, hari ini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi dan DUN Pasir Panjang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) selepas menolak petisyen difailkan oleh dua pengundi.

Hakim Pilihan Raya, Abang Iskandar Abang Hashim yang membuat keputusan itu berkata, pempetisyen gagal mematuhi Peraturan 9 dan Peraturan 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau menolak kedua-dua petisyen dengan kos.

Bagi DUN Manjoi, mahkamah mengarahkan pempetisyen, Ahmad Mansor membayar kos RM40,000 kepada Adun Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin yang dinamakan sebagai responden pertama; RM35,000 kepada responden kedua iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan RM30,000 kepada responden ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagi DUN Pasir Panjang, mahkamah mengarahkan pempetisyen, Hamidun Ahmad membayar kos RM40,000 masing-masing kepada kepada responden pertama iaitu Adun Pasir Panjang, Rashidi Ibrahim, responden kedua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan responden ketiga SPR.

Responden pertama bagi DUN Manjoi dan DUN Pasir Panjang diwakili barisan peguam diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Peguam Kanan Persekutuan, Norinna Bahadun mewakili responden kedua dan ketiga bagi DUN Manjoi manakala Peguam Kanan Persekutuan, Nadia Hanim Mohd Tajuddin mewakili responden kedua dan ketiga bagi DUN Pasir Panjang.

Kedua-dua pempetisen diwakili barisan peguam yang diketuai Aminuddin Zulkifli.

Pada PRU13, calon PAS Asmuni Awi kalah kepada calon BN Mohamad Ziad dengan majoriti 132 undi bagi DUN Manjoi manakala Rashidi menewaskan calon PAS Rohawati Abidin dan calon Bebas S Vijayan bagi kerusi DUN Pasir Panjang dengan majoriti 304 undi. – Bernama, 2 Ogos, 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s