‘PEMERGIAN’ BINTANG HOKI KEBANGSAAN YANG MENGEJUTKAN NEGARA….

Semalam, sukan negara dikejutkan dengan tragedi yang menimpa pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat. Chua maut selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya awal pagi semalam.

Kejadian berlaku di Kilometer 10.4, Lebuhraya Damansara – Puchong, LDP, Kelana Jaya kira-kira jam 3 pagi.

Chua yang memandu berseorangan dikatakan gagal mengawal kenderaannya dan melanggar lori yang sedang membuat kerja-kerja menyiram bunga di lebuhraya berkenaan.

Selepas bedah siasat selesai petang semalam dilaporkan  Chua meninggal akibat kecederaan parah di leher dan kepala dan mati di tempat kejadian dan mayat beliau dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM.

Pada malam yang sama(sebelum kejadian) Chua, 33 tahun sempat meraikan majlis berbuka puasa dan penyerahan insentif raya kepada pemain kebangsaan yang dianjurkan Persekutuan Hoki Malaysia.

Chua tonggak berpengalaman yang kembali diserapkan jurulatih Paul Revington sejak mengambil alih pasukan kebangsaan tahun lalu.

Mayat Chua akan disemadikan di Semabok Perdana, Melaka Isnin ini.

Berikut dipaparkan beberapa gambar2 trajedi yang meragut nyawa satu-satunya pemain hoki kebangsaan berbangsa cina itu. Beliau ‘pergi’ dengan membawa misteri yang tersendiri…. Pemilk jersi hoki kebangsaan bernombor 3… meninggal kira-kira jam 3 pagi…. nombor pendaftaran kereta Proton Perdana milik beliau adalah CBH 3350….mewakili negara lebih 300 caps….

RIP…. Marcus Chua Boon Huat…..

Gambar Keadaan Kereta Chua Boon Huat Setelah Kemalangan

Gambar Keadaan Kereta Chua Boon Huat Setelah Kemalangan

LIHAT VIDEO CHUA BOON HUAT DI MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYERAHAN WANG INSENTIF RAYA PADA MALAM KEJADIAN :  http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Pemain_Hoki_Kebangsaan_Ditimpa_Tragedi.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s