TEKA-TEKI ‘AWAKENING’ PAK LAH….

paklah-buku

Hanya di Malaysia wujudnya sebuah buku yang menilai pencapaian bekas Perdana Menteri.

Siapakah penerbitnya? Adakah editor buku ini mempunyai hubung kait dengan pembangkang? Jadi mengapakah Nurul Izzah dilihat hadir semasa pelancaran buku ini di Singapura? Apakah motif disebalik penulisan buku ini?

Ia menimbulkan spekulasi politik apabila kedua-dua editornya merupakan ahli akademik James Chin dan Bridget Welsh membangkitkan beberapa teori mengenai buku ini.

Pertama buku ini bukan merupakan buku biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kedua buku ini tidak dibuat bersamanya dan tidak dibiayai oleh bekas perdana menteri kelima itu.

Ironinya pemimpin yang mempunyai tempoh lima tahun pentadbirannya bukanlah merupakan penulis sebenar yang menulis buku Awakening : The Abdullah Badawi Years di Malaysia.

Manakala Tengku Razaleigh Hamzah yang menyaksikan kebangkitan Umno menulis pendahuluan buku berkata “Mungkin beliau ( Abdullah) jatuh dalam perangkap sama seperti pemimpin Dunia Ketiga lain yang akhirnya tunduk dalam kecederungan kuasa korupsi.

Kewujudan buku tersebut mencetuskan kekeliruan adakah ahli politik dan para blogger mempunyai kaitan dengan seorang lagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu buku tersebut dilihat sebagai kerjasama antara Abdullah dan pembangkang dimana akan menerima banyak kritikan dan ditolak Umno.

Juga ia mungkin  strategi untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, iaitu orang yang sama mahu percaya pihak pembangkang mempunyai kaitan dalam isu ini.

Terlalu banyak tanda tanda menyelubungi siapakah dalang disebalik pengumpulan koleksi artikel dan wawancara Abdullah ketika tahun pemerintahannya sebagai menteri.

Bagaimana kalau kita meneliti kandungan buku ini? Ia sentiasa merupakan permulaan terbaik bagi meneliti sesebuah buku.

Tanpa ragu bahagian paling menarik dalam buku ini ialah dari muka surat tiga hingga 38, dimana memaparkan wawancara Abdullah  disifatkan sebagai pemimpin yang dilantik bagi mengalihkan serangan Dr Mahathir dimana memberi kesan kepada dinamik Umno ketika itu hingga mengakibatkan ketegangan kaum di negara ini.

Selebihnya buku ini mengandungi beberapa wawancara dan artikel Abdullah mengenai pencapaiannya yang dibuat oleh para komentar dan ahli akademik.

Rakyat Malaysia disarankan membaca buku berkenaan bagi mendapat gambaran sebenar tentang pemimpin yang berjanji akan membawa perubahan ketika mengambil alih dari Dr Mahathir dan mengapa akhirnya ia tidak dapat melaksanakan.

Bagaimanapun yang jelas tentang buku ini dimana bekas pemimpin ini sangat terharu dengan harapan negara.

Juga ia juga menerangkan rintangan yang terpaksa dihadapi bagi mengubah dan membentuk kembali Umno semasa tahun Abdullah.

Bahagian ini merupakan paling penting untuk rakyat Malaysia membaca dan memahami kerana ia jelas membuktikan politik elit yang tidak bersedia berbuat apa.

Tidak kira siapa yang memerintah dan banyak banyak slogan yang digubah, Umno tidak boleh menerima kerajaan yang adil, telus, anti rasuah dan keterbukaan fahaman

Umno yang telah lama berakar umbi menolak pembaharuan, kemudian datanglah Abdullah namun ia berakhir dengan pengunduran beliau. Ia cuba diteruskan Najib Razak dan ditertawakan oleh Umno dan Perkasa.

Jadi bagaimana satu politik parti yang mementingkan diri sendiri menjadi yang tersasar dari aspirasi rakyat Malaysia mampu mengubah negara lebih baik.

Bolehkah mana-mana pemimpin pelapis Umno seperti Datuk Seri Ali Rustam, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjaya sedangkan Abdullah, Najib atau Dr Mahathir sendiri menemui kegagalan.

Juga yang banyak diperdebatkan ialah pengaruh Dr Mahathir.

Kebanyakan buku dan artikel banyak menggambarkan beliau mementingkan diri.

Keperluan untuk memperdebatkan Mahathirisme ini dilihat sangat penting hari ini, ia mampu mengimbas kembali nostalgia ketika pilihan raya umum 13 lalu apabila dibarisi puak konservatif dari Umno dan Perkasa.

Dalam buku ini terdapat pelbagai komen yang menekankan Abdullah bagaimanapun hanya pemimpin yang dilantik untuk membersihkan kerosakan yang ditinggalkan oleh Dr Mahathir.

Sebagai contoh, Ooi Kee Beng menulis kepada perdana menteri paling lama itu akan cita-cita negara ini yang melampau seperti yang diimpikan pembangkang atau pengikutnya.

“Projek yang dijalankan mengikut kehendak imaginasi beliau yang tidak semestinya bagus untuk negara tambahan apabila terdesak menyiapkan dalam tempoh singkat dia akan menguna pakai saja cara yang boleh.

“Cara pemerintahannya mencerminkan politik negara dalam tempoh dua dekad, melonjak kan minyak, mengubah landskap  negara diploma bangunan pencakar langit.

“Selain dari kos bajet yang berlebihan dan korupsi yang berleluasa memberi impak kepada kebanyakkan reputasi institusi termasuk polis, kehakiman dan perundangan, media dan parti politik kesemuanya hancur.”

Abdullah dengan imej yang bersih dan gaya keterbukaannya memberikan keyakinan pada Umno dan Barisan Nasional (BN). Perasaan yang menandakan akan ada satu lagi kemerdekaan di negara ini.

Tetapi pada 2007,  menjadi bukti Abdullah tidak mampu membawa perubahan kepada Negara, dihentam oleh puak konservatif Umno.

Ia disusuli dengan keputusan pilihan raya terburuk berlaku dalam sejarah sejak penguasaan BN.

Timbalan Pengarah Institut Pengajian Selatan Asia, Ooi menulis : ” Apa yang beliau tinggalkan ialah kerja yang tidak selesai, Najib Abdul Razak, harus membersihkannya.”

Kerosakan yang ditinggalkan Mahathir masih ada, dan ini apa yang dipelajari oleh Abdullah tidak akan ada ruang untuk memperbaiki kerosakan yang telah dilakukan.

Maka berhentilah dari menimbulkan tanda tanya tentang siapakan yang menulis dan menerbitkannya, apa yang penting ialah bagaimana kita harus memperbincangkan punca kegagalan Abdullah dan apakah legasi politik yang sebenar diwarisi Umno dan Malaysia oleh Dr Mahathir Mohamad. -TMI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s