KALIMAH ALLAH : KEPUTUSAN DITANGGUHKAN OKTOBER DEPAN

KUALA LUMPUR : Mahkamah Rayuan sebentar tadi menetapkan Oktober depan untuk memberi keputusan perbicaraan kes Kalimah Allah oleh bukan Islam setelah mendengar hujah pendakwaraya Persekutuan dan peguam Gereja Katholik.

Ketua Panel Hakim Datuk Seri Mohamad Apandi Ali berkata keputusan itu akan diumumkan pada satu tarikh bulan depan  yang akan ditetapkan kemudian.

Pagi tadi, Apandi dan dua hakim lain mula mendengar rayuan kerajaan dan Jabatan Agama Islam enam negeri untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar ‘The Herald’ terbitan Gereja Katholik Malaysia menggunakan kalimah Allah.

Peguam Kanan Persekutuan Suhana Atan yang mewakili KDN dan Majlis Agama Negeri-negeri memberitahu mahkamah bahawa Menteri Dalam Negeri mempunyai hak mutlak melarang  Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam versi Bahasa Melayu.

Katanya, menteri bertindak mengikut “budi bicara mutlak” dalam menghalang penerbitan tersebut dari menggunakan kalimah ‘Allah’.

Kuasa yang diberikan kepada menteri tersebut adalah mengikut undang-undang dan mahkamah perlu berhati-hati dalam menyemak keputusan seperti itu, katanya.

“Kalimah ‘Allah’ dalam Islam merujuk kepada satu tuhan tetapi orang Kristian mempunyai konsep yang berbeza sama sekali,” katanya.

Peguam Gereja Katholik Porres Royan berkata kalimah Allah di gunakan di Sabah dan Sarawak secara bebas tanpa memudaratkan keselamatan mahupun ketenteraman awam.

‘Justeru Menteri Dalam Negeri tidak menunjukkan bahawa penggunan Allah akan menggugat ketenteraman awam, kata beliau.

Di luar mahkamah, peguam Datuk Zulkifli Nordin memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak diberi peluang berhujah secara adil.

“Kami berpuas hati kerana secara adil kedua-dua pihak dapat melontarkan hujah,” katanya.

Perbicaraan hari ini diadakan lanjutan daripada keputusan Mahkamah Rayuan 22 Ogos lalu.

Dalam keputusan itu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Katholik untuk membatalkan perbicaraan hari ini.

Pada 7 Januari 2009 KDN melarang The Herald menggunakan kalimah Allah namun keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009.

One thought on “KALIMAH ALLAH : KEPUTUSAN DITANGGUHKAN OKTOBER DEPAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s