J-QAF : DIDIK DAN BIMBING MURID-MURID SK KUASAI ILMU AKHIRAT

PERAKTODAY29

MANJUNG :  Seramai 1,500 qariah kecil dari seluruh Perak berjaya khatam Al-Quran secara beramai-ramai dalam usaha melahirkan generasi pelapis yang menguasai ilmu akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Mohd Nizar Zakaria, berkata kerajaan sentiasa bersikap terbuka dalam melaksanakan transformasi serta lonjakan ilmu terutamanya bidang pendidikan.

“Program ini mempunyai kesan yang mendalam dan mampu mendidik serta membimbing khususnya bagi murid Tahun Satu hingga Tahun Enam yang belajar di sekolah kebangsaan.

“Kerajaan negeri, Jabatan Pendidikan, guru agama serta guru-guru J-QAF telah memberi pendidikan khususnya elemen agama dalam usaha melahirkan modal insan yang mempunyai nilai taqwa,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Iltifal J-Qaf dan Khatam Al-Quran untuk Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Perak di Hotel Ritz Garden, dekat Seri Manjung, hari ini.

Antara daerah yang mengambil bahagia ialah Manjung, Kinta Utara, Kuala Kangsar dan Kerian.

Tahun ini, daerah Kinta Utara dinobatkan sebagai johan keseluruhan pertandingan.

Sementara itu, Mohd Nizar menjelaskan, program J-Qaf merupakan ilmu yang didedahkan kepada murid sekolah rendah sejak tahun 2005 lagi.

“Setakat ini, lebih daripada 90 peratus pelajar Tahun Enam telah berjaya khatam Al-Quran dan ini membuktikan komitmen pendidik yang mampu menyempurnakannya dalam masa yang singkat,” katanya.

Beliau berkata, pendidik juga digesa menyumbang kepakaran bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam pembudayaan dan penguasaan ilmu supaya dapat diselaraskan di semua peringkat.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Nizar yang juga ADUN Belanja turut mencadangkan agar kerajaan Perak menggalakkan bacaan 99 nama Allah iaitu Asmaul-Husna pada setiap program keagamaan bermula dari peringkat sekolah.

Cadangan itu katanya, bertujuan untuk menerap nilai keagamaan di kalangan umat Islam di semua peringkat, sekaligus mendekatkan diri kepada Allah Yang Esa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s