RASUAH : RAMAI PEMAIN BAKAL TINGGALKAN PERAK

 

PAFA

Ipoh : Perak mungkin hilang ramai tonggak pada musim depan kerana mereka tidak berpuas hati cara pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menangani isu rasuah dalam pasukan itu ketika saingan Piala Malaysia.

Tindakan PAFA membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya kerana ‘syak’ ternyata tidak popular di kalangan pemain dan kini membuatkan ramai yang mahu ‘angkat kaki’.
Malah, ada pemain yang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap PAFA dan sudah merujuk perkara itu kepada peguam masing-masing kerana berasa maruah mereka tercalar.

“Mereka yang akan tamat kontrak tidak mahu lagi menyambungnya manakala yang masih terikat akan berusaha meminta pelepasan.

Tidak dibela sewajarnya

“Pemain berasa mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pegawai pasukan khususnya pengurus pasukan yang tidak mengadakan sebarang pertemuan sejak membuat pengumuman mengenai tindakan yang diambil itu,” kata sumber yang enggan namanya disiarkan.

Pada 23 September lalu, PAFA menggantung pegawai dan pemain skuad itu termasuk ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah selama dua minggu, selepas mengesyaki berlaku sabotaj dan rasuah dalam kempen Piala Malaysia.
PAFA turut membuat laporan polis dan SPRM supaya menjalankan siasatan.
Berikutan tindakan PAFA itu, semua pemain serta pegawai pasukan termasuk Mohd Azraai dipanggil ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

PAFA juga menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan itu di peringkat dalaman berikutan prestasi merudum Seladang yang tumpas ketiga-tiga perlawanan di pusingan kedua Kumpulan D menyebabkan mereka gagal ke suku akhir piala berprestij itu.

-Berita harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s