KAMPUS UNIVERSITI ANTARABANGSA AKAN DI BINA DI SERI ISKANDAR, PERAK

Image

Dalam usaha untuk menjadikan Seri Iskandar sebagai hub pendidikan, kinj satu lagi institusi pendidikan bakal wujud di kawasan berkenaan.
Perkembangan ekonomi yang memberansangkan di Perak telah menarim minat pihak UCSI untuk menubuhkan sebuah universiti bertaraf antarabangsa.

Kampus di Seri Iskandar di Perak yang akan mulakan pembinaannya tahun depan merupakan kampus UCSI yang kelima selepas dua di Kuala Lumpur, Terengganu dan Sarawak.

Penubuhan kampus UCSI di Perak merupakan projek usahasama antara UCSI dan Jumbo Straits Sdn Bhd (JS) melibatkan kawasan berkeluasan 48 hektar keseluruhannya.

Daripada jumlah itu, 8 hektar akan digunakan untuk membangunkan sebuah boutique hotel, service apartment, kampus UCSI dan selebihnya merupakan pembangunan bercampur.

Projek ini yang akan menyaksikan pelaburan berjumlah RM1.2 bilion dalam tempoh lima tahun dijangka bermula tahun depan.

Satu majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara pihak pengurusan UCSI dan Jumbo Straits yang diwakili Sunny Yee telah diadakan di kampus utama UCSI di Kuala Lumpur hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian itu telah disasksikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama pengerusi dan pengasas UCSI Datuk Peter Ng.

Zambry, ketika ditemui memberitahu kampus berkenaan merupakan satu lagi institusi yang bakal wujud di Sri Iskandar.

“Kampus UCSI ini merupakan satu lagi projek terbaru yang kita lihat akan merancakkan pembangunan Seri Iskandar sebagai hub pendidikan.

“Selain itu, MB Inc juga akan membangunkan 400 hektar tanahnya di kawasan sama bagi mewujudkan Bandar Universiti.

“Semua ini merupakan tambahan kepada kemudahan pengajian yang sedia ada di situ seperti Universiti Petronas dan IKBN.

“Dengan semua perancangan ini, kita jangkakan bandar Seri Iskandar akan berjaya dibangunkan sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian tersebut.

Sebelum itu, Naib Canselor dan Presiden Universiti UCSI, Prof Datuk Dr Khalid Yusoff berkata kampus UCSI Seri Iskandar akan menfokus kepada membangunkan bidang hospitaliti dan pelancongan.

Katanya langkah itu dilihat perlu bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam sektor pelancongan dalam negara yang agak terdesak ketika ini.

Kata beliau lagi dengan usaha promosi agresif kerajaan Kampus UCSI Seri Iskandar akan memulakan pengambilan pelajar pertamanya tahun depan dengan sasaran seramai 200 orang.

Pada peringkat ini, pelajar akan ditempatkan di kampus sementara di Kuala Lumpur sementara menunggu Kampur UCSI Seri Iskandar siap pada 2016.

Apabila siap sepenuhnya, Kampus USCI Seri Iskandar dijangka akan mempunyai seramai 2,000 pelajar dengan 40 peratus adalah pelajar asing.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s