MAHFUZ KEPANASAN DENGAN KENYATAAN MUHYIDDIN

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar (gambar) meminta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada keluarga Tan Sri Azizan Razak dan pengundinya di Sungai Limau kerana keceluparan mulutnya.

Bagi beliau, adalah amat tidak wajar dan tidak beradab untuk Muhyiddin mengaitkan orang yang telah mati demi menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga gula.

“Ia merupakan satu kenyataan tidak beradab dan tidak berakhlak dari seorang Timbalan Perdana Menteri. Beliau begitu tergamak mengaitkan seorang yang telah tiada dan orang itu mempunyai hubungan rapat dengan penduduk selama lima penggal.

“Saya nak beritahu pada Muhyiddin itu bukan adab penduduk Sungai Limau cara percakapan beliau, seolah cuba untuk memburukkan Allahyarham kononnya tidak menjaga kesihatan sehingga memudaratkan.

“Kita mahu dia (Muhyiddin) tarik balik kenyataan dan minta maaf pada balu arwah, keluarga dan juga seluruh pengundi Sungai Limau,”katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Muhyiddin mengaitkan Azizan apabila cuba memberikan keyakinan bahawa pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen yang menyebabkan harga gula kini adalah RM2.84 sen.

Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir Azizan terpaksa memotong kedua-dua kakinya akibat komplikasi kencing manis. TMI

“Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan gula, tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

“Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong,” kata Muhyiddin di majlis pertemuannya bersama guru dan ibubapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi.

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) PAS Sungai Limau itu yang kesal dengan tindakan Muhyiddin berkata penyakit kencing manis bukan hanya berpunca dari pengambilan gula ia boleh dipengaruhi dengan pelbagai faktor.

Malah katanya tidak ada bukti yang menyokong alasan kerajaan menaikkan harga gula kerana ingin mengurangkan ancaman penyakit kencing manis di negara ini.

“Saya tidak boleh terima kenapa mesti kaitkan orang yang sudah meninggal malah cara beliau itu dibuat secara berseloroh.

“Ia amat menghina dan saya jamin berapa pun harga gula naik kerajaan tidak akan mampu mengekang ancaman penyakit diabetis ini,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengulas mengenai tindakan Muhyiddin mempertahankan tindakan kerajaan menaikkan harga gula dengan mengaitkan penyakit Azizan.

Sementara itu Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan turut menyokong Mahfuz dengan menyatakan kenyataan Muhyiddin amat tidak wajar dan tidak mempunyai bukti.

“Sangat keterlaluan apabila menjadikan arwah sebagai contoh kerana tidak semestinya punca penyakit arwah adalah pengambilan gula.

“Malah secara peribadinya saya mengenal arwah seorang yang sangat menjaga pemakanan beliau,” katanya.

Beliau juga memberi amaran kepada kerajaan untuk segera memberi alasan tidak munasabah untuk mengelakkan kemarahan rakyat ekoran dari kenaikkan harga gula.

“Saya di Parlimen semalam. Kita semua tidak dapat menerima kenaikkan harga dan biasanya kerajaan Barisan Nasional (BN) suka memberi alasan.

“Kalau gula penyebab kes penyakit kencing manis diabetis naik kenapa tidak diharamkan rokok yang sudah terbukti sejak berkurun dulu meragut nyawa,” katanya.

Semalam dalam pembentangan Bajet 2014 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan akan memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa hari ini.

Menurut Najib langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit kencing manis di negara ini yang agak membimbangkan.

“Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman,” katanya.

Bagaimanapun kenyataan tersebut disangkal oleh doktor pakar apabila menyatakan kencing manis tidak hanya berpunca dari pengambilan gula.

Hari ini Menteri Kesihatan Datuk S Sumbaramaniam mengakui pandangan doktor pakar tersebut dengan menerangkan biarpun kencing manis tidak hanya berpunca dari gula. Namun penyakit tersebut akan bertambah kronik sekiranya meneruskan mengambil gula secara berlebihan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s