#PRKSGLIMAU – CINA TETAP TOLAK BN

PRK-Sungai-Limau-300x202

PENULIS ucap tahniahlah kepada calon dan jentera BN yang bertungkus lumus di Sungai Limau sejak 2 minggu dulu sehingga berjaya mengurangkan majoriti PAS dengan begitu banyak sekali.  1084 undi berbanding 2774 undi dalam PRU13, adalah satu jumlah yang besar.

Tidak lupa kepada Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang berusaha kuat untuk rampas kawasan ini dari PAS, tapi apakan daya, kita setakat berusaha, Allah swtlah yang menentukan segalanya.

Bukan mudah nak capai tu, apatah lagi PAS dah bertapak di kawasan ini sejak 1995, dan kita mampu melakukannya (kurangkan majoriti) dalam tempoh 6 bulan sahaja.

Apa pun bagi penulis sendiri yang menilai situasi ini diperingkat nasional, apa yang berlaku di Sungai Limau dan Kuala Besut sebelum ini membuktikan bahawa modal murah dan percuma pembangkang sudah tidak laku lagi.

 

Penambahan majoriti di Kuala Besut dan pengurangan majoriti yang banyak di Sungai Limau adalah bukti yang penulis maksudkan.

Tapi ada pengajaran yang lebih penting untuk BN di Sungai Limau – pengundi cina masih tidak lagi menyebelahi BN.  Di Bukit Besar sebagai contoh (kawasan cina), PAS menang di peti undi kawasan itu dengan majoriti 1,110, dari hanya 1,840 orang pengundi cina sahaja di Sungai Limau.

Sementara di kawasan majoriti Melayu yang lain, BN berjaya merampas 4 peti undi dari PAS.  Semasa PRU13, PAS menang 13 peti undi berbanding BN, 6.  Sekarang, BN menang di 10 peti undi berbanding PAS, 9.

Penulis tidak pasti sampai berapa pilihanraya kecil barulah BN nak ambil pengajaran bahawa masa untuk ’beli jiwa’ sudah tamat. Komuniti ini sudah tidak peduli segala kebaikan yang BN bawa, mereka mahu kuasai politik kita pula dan hanya pembangkang yang boleh beri semua itu.

Ingat, BN masih boleh menang di peringkat persekutuan walaupun pembangkang menguasai hampir 100% undi cina, jadi apa yang kita hadap sangat dengan sokongan mereka lagi?  Itu yangpenulis tak faham.  Ini bukan cakap soal perkauman, tapi soal beri keutamaan kepada yang memberikan sokongan.

Jaga sajalah kelompok yang sentiasa menyokong kita.  Jangan nanti, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran pulak – ke, dah tak ada lagi para pemikir di atas sana yang ingat peribahasa Melayu lagi dah?

Asyik dengan falsafah-falsafah barat yang tak relevan dengan politik disini?

Sempena awal Muharam ini, BN perlu berhijrah, tutup buku lama, buka buku baru.  Buku lama, chapter berkaitan sokongan cina ini, sudah terbukti tak relevan lagi dah.

Bantuan berjuta untuk sekolah cina yang dijanjikan sebelum ini, sempat lagi kalau nak tarik balik.  Lagipun, dalam dunia ini tidak ada sistem vernakular, kita saja yang amal sistem sekolah semacam itu.

Kalau tarik semula pun, tak akan jadi insiden antarabangsa punyalah. mykmu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s