4 JAGA DIHUKUM MATI

SHAH ALAM 7 Nov. – Empat pekerja sekuriti dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah atas pertuduhan menculik sepasang suami isteri untuk mendapatkan wang tebusan RM5,000, lebih dua tahun lepas.

P.Thinagaran, 27, S.S.Arumugam, 24, C.Krishnakumar, 24, dan V.K.Santirasagaran, 32, didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu di Jalan Merak, Pusat Bandar Puchong, Selangor, kira-kira pukul 4.30 pagi, 4 Mac 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3, Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Nor Azian Shaari dalam penghakimannya berkata kes culik itu telah menyebabkan keresahan dan kebimbangan kepada anggota keluarga terdekat mangsa.

Beliau berkata pihaknya turut menimbangkan faktor keganasan dalam kes itu di mana isteri mangsa dirogol oleh seorang lelaki bernama Shan yang masih bebas dengan gambarnya dirakam oleh keempat-empat tertuduh.

Katanya, perbuatan itu menyebabkan ketakutan dan trauma yang amat serius kepada suami isteri berkenaan.

Mengikut fakta kes, suami isteri berkenaan telah pergi ke tempat kejadian untuk bertemu lelaki bernama Shan sebelum ditarik dan dimasukkan secara tiba-tiba ke dalam kereta jenis Honda yang dipandu Arumugam dan dinaiki tiga tertuduh lain.

Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke sebuah kawasan di Kampung Tan Sri Manikavasagam, Pulau Carey dan telah dikurung di sebuah rumah kosong yang bersambung dengan kontena panjang yang diubah suai.

Isteri mangsa mendakwa beliau turut dirogol oleh Shan semasa dikurung manakala suaminya menjelaskan beliau dipukul oleh Shan.

Kedua-dua mangsa dibebaskan pada hari kejadian iaitu pada 4 Mac 2011 kira-kira pukul 10 malam setelah wang tebusan sebanyak RM1,500 dibayar dalam dua transaksi ke dalam akaun Maybank yang disahkan dimiliki oleh seorang bernama C. Manimavanan, 43.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Md Kamal manakala kesemua tertuduh diwakili peguam V.Thiru Kumar dan Amir Faliq. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s