ANALISIS PENINGKATAN UNDI BN DI PRK SG. LIMAU #PRKSgLimau

PRK Sungai Limau sudah selesai. PAS menang tetapi dengan undi majoriti yang merosot. Pelbagai analisis tentang keputusan tersebut tetapi semua bersetuju bahawa DUN Sungai Limau merupakan kubu kuat parti PAS sejak dulu lagi.

Maka, jentera pilihanraya UMNO turun ke DUN Sungai Limau sebagai ‘underdog’ yang terpaksa berdepan dengan stigma pro-PAS yang sangat tebal di kalangan warga Sungai Limau.

Tetapi tatkala Barisan Nasional berada di puncak kegemilangannya pada PRU11 tahun 2004 pun, DUN Sungai Limau masih dimenangi oleh parti PAS dengan 1,080 undi.

Maka penganalisa politik menganggap nilai 1,000 undi adalah undi lebihan tegar yang akan berpihak kepada PAS di DUN Sungai Limau walau apa pun yang berlaku.
Untuk rekod, pada PRU11, BN telah mendapat majoriti terbesar sejak pilihan raya tahun 1978. BN mencapai kenaikan undi popular sebanyak 63.9%, tetapi sepatutnya mendapat undi yang lebih tinggi sekiranya kesemua kerusi dipertandingkan. BN menang 17 kerusi tanpa bertanding.
Ketika itu, BN memenangi 198 kerusi parlimen berbanding 20 kerusi parti pembangkang, dengan satu calon bebas.

Satu perkara yang tidak dibincangkan ialah jentera BN sebenarnya berjaya meraih undi yang sebelum ini kepunyaan PAS dalam tempoh yang agak singkat!

Ini adalah kerana PAS memperolehi 2,774 undi pada PRU13 bertarikh 5 Mei 2013 iaitu hanya 6 bulan sahaja sebelum pilihanraya kecil ini (4 November 2013).

Dalam tempoh singkat itu, lebih separuh daripada undi majoriti PAS telah kembali kepada BN.

Dan jika momentum BN di DUN Sungai Limau diteruskan dalam tempoh yang lebih panjang iaitu 5 tahun sehingga PRU14, MiM yakin lebih ramai lagi warga Sungai Limau yang akan menyokong BN.

Di sepanjang MiM berada di PRK Sungai Limau, MiM dapati jentera pilihanraya BN menghadapi pelbagai masaalah. Tetapi perkara itu memang dijangka kerana Sungai Limau merupakan kubu kuat parti PAS.

Tetapi kali ini MiM dan beberapa rakan yang lain sempat mengembleng tenaga dalam jentera pilihan raya BN terutamanya Pemuda UMNO yang turun untuk mendekati dan meraih undi penduduk setempat.

Dan apabila bersama-sama turun buat kerja meraih undi, kita akan dapat pengalaman yang berbeza dan sudah tentu lebih faham tentang betapa sukarnya menyiapsiaga dan menyelia jentera pilihan raya dalam kubu parti lawan.

Seperkara lagi, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan oleh jentera pilihan raya UMNO termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Tetapi, oleh kerana kurang publisiti seperti yang diterima oleh VVIP Barisan Nasional yang lain, gerak kerja sayap-sayap parti UMNO sepanjang PRK ini mungkin ‘tidak kelihatan’ dan mendatangkan salah anggap.

Tetapi ‘tidak kelihatan’ tidak bermaksud kepimpinan sayap-sayap parti UMNO seperti Pemuda UMNO tidak buat kerja.

Mungkin pihak media ditugaskan untuk melaporkan program VVIP BN atau mempunyai tasking lain yang lebih penting. Tidak mengapa kerana semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk membantu Barisan Nasional di Sungai Limau.

Di sepanjang MiM berada di sana, pelbagai aktiviti peringkat PDM yang mendekati penduduk Sungai Limau berjalan dengan lancar walau pun berdepan dengan kelompok penduduk pro-pembangkang yang hostile dan gemar membuat provokasi.

Yang penting ialah penerimaan pengundi-pengundi setempat kepada aktiviti-aktiviti jentera pilihan raya UMNO di tempat mereka.

Itulah yang ditunjukkan oleh pengundi-pengundi muda setempat yang turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang diusahakan oleh Pemuda dan Puteri UMNO.

YB Khairy turun padang di beberapa program Pemuda UMNO

Di bawah adalah sebahagian lagi daripada gerak kerja NKP UMNO Malaysia di sepanjang PRK Sungai Limau :

Seperti PRK dan PRU sebelum ini, jentera pilihan raya UMNO dan BN berdepan dengan beberapa halangan dan cabaran.

Tetapi MiM yakin kepimpinan UMNO termasuk sayap-sayap parti UMNO senantiasa membuka ruang untuk mendapatkan feedback yang membina dan positif untuk memantap dan menambahbaikkan lagi jentera parti UMNO yang baru sahaja melalui proses pemilihan kepimpinan.

Kredit – DrMiM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s