KASTAM PERAK RAMPAS 28 KENDERAAN MEWAH

kereta2

PUTRAJAYA : Jabatan Kastam Perak merampas 28 kenderaan mewah serta enam motosikal berkuasa tinggi dengan anggaran nilai RM1.1 juta dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata antara kenderaan mewah itu ialah Mercedes, Jaguar serta Porsche manakala motosikal pula ialah Ducati dan Yamaha.

“Siasatan menunjukkan kesemua kenderaan itu diseludup dari negara jiran dan dijual di pasaran tempatan dengan harga lebih murah iaitu antara 40 hingga 45 peratus daripada nilai pasaran,” katanya dalam sidang media di sini Khamis.

Beliau berkata pembelinya ialah kalangan ahli perniagaan dan golongan berpendapatan sederhana yang mampu membeli kenderaan itu secara tunai.

Katanya sepanjang tempoh itu juga 13 individu yang merupakan pembeli kenderaan itu ditahan namun dibebaskan dengan jaminan Kastam.

Juesteru, Khazali menasihatkan orang ramai agar tidak tertipu membeli kereta mewah yang dijual pada harga murah dan menyiasat terlebih dahulu sebelum membeli.

“Jika disabitkan kesalahan, pemilik kenderaan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan dan tidak lebih daripada 20 kali ganda atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki warga asing, 30-an, ditahan Kastam Perak di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, Perak pada 1 Nov lepas kerana memiliki selaras senjata api jenis Steyr M9-A1 beserta 16 butir peluru hidup jenis Luger 9mm.

Khazali berkata lelaki itu yang menaiki kenderaan pikap ditahan pukul 7.40 pagi dan mengikut rekod suspek seringkali berulang alik ke negara ini.

“Suspek kini ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut,” katanya.

 – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s