EX-PENGERUSI PKR KEDAH KELUAR PARTI

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah Datuk Wan Salleh Wan Isa hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa hari ini (semalam).

Wan Salleh yang juga Ketua Cabang PKR Langkawi, berkata tindakan itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati dengan pucuk pimpinan tertinggi parti yang membelakangkannya dalam beberapa perkara termasuk pemilihan calon dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu, ketika beliau masih mengetuai parti itu di Kedah.

“Saya dengan ini mengisytiharkan meletak jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Langkawi dan keluar daripada parti PKR berkuat kuasa hari ini dan tidak akan melibatkan diri lagi dengan PKR,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Wan Salleh meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Kedah pada 15 Mei lepas.

Katanya keegoan dan keangkuhan pucuk pimpinan menyebabkan beliau tawar hati untuk meneruskan perjuangan dalam parti itu.

“Kepimpinan pusat tidak mahu mendengar nasihat kepimpinan tempatan,” katanya menambah terdapat keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti berhubung beberapa isu tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.

Beliau berkata peletakan jawatan itu bukan atas desakan mana-mana pihak tetapi keputusan beliau sendiri.

Wan Salleh berkata beliau juga tidak akan menyertai mana-mana parti sebaliknya akan menumpukan kepada kerja-kerja amal untuk membantu masyarakat.

Katanya beliau juga akan terus menabur bakti kepada penduduk di Langkawi namun bukan atas tiket politik.  – MediaUMNO   

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s