TERPAKSA TUNGGU 50 TAHUN UNTUK TUNAIKAN HAJI

50 tahun tunggu giliran haji

Abdul Taib melihat replika model Kompleks Haji dan TH Hotel Sarawak pada Majlis upacara pecah tanah Kompleks Haji dan TH Hotel Sarawak di Kuching, semalam, sambil disaksikan Jamil Khir.

Kuching : Secara teknikal, umat Islam di negara ini terpaksa menunggu sehingga 50 tahun untuk menunaikan haji selepas mendaftar dengan Tabung Haji (TH). 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pada waktu ini, ada 1.2 juta daripada 8.2 juta pendeposit TH sedang menunggu giliran menunaikan haji.

Operasi haji lancar

Jamil Khir berkata demikian kepada media pada Majlis Pecah Tanah Kompleks Haji dan TH Hotel Sarawak, semalam.

Perasmian disempurnakan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.
Mengenai kompleks berkenaan, Jamil Khir berkata, Kompleks Haji Sarawak yang turut menempatkan TH Hotel Kuching berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, dijangka mampu memastikan kelancaran operasi haji.

Malah, kompleks bernilai RM204 juta yang dibina di tapak seluas 2.5 hektar oleh TH Properties Sdn Bhd, bakal muncul sebagai mercu tanda baru di bandar raya ini sebaik beroperasi pada 2017.

Katanya, kompleks yang berfungsi sebagai pusat sehenti serba lengkap itu akan memberi kemudahan kepada bakal haji terutama warga tua dan mereka yang datang dari jauh.

TH ketika ini mempunyai tujuh stesen berlepas secara terus ke Tanah Suci iaitu Alor Setar, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA); Senai, Johor Bharu; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak. Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s