BENARKAH PAS PARTI ISLAM – PART 3

PAS DARI KACA MATA AS-SUNNAH WAL JAMAAH

Salah faham mengenai maksud kafir, zalim dan fasiq menyebabkan perkataan itu disalahgunakan oleh pihak tertentu dalam memberi label kepada sesama Islam.
Malah maksud berjihad dan berjuang yang sebenar sepertimana yang dimaksudkan oleh ALLAH dan Rasul-Nya juga banyak kali disalagunakan untuk kepentingan tertentu pemimpin dan kumpulan.

Apa yang diharapkan pendapat para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui penulisan ini dapat memecahkan persoalan salah faham yang timbul dalam masyarakat Islam kebelakangan ini.

Ikuti tulisan oleh Syiekh Abu Muhammad Iqamuddin dalam siri BENARKAH PAS PARTI ISLAM? berikut ini yang melihat PAS dari kaca mata atau berlandaskan As-Sunnah Wal Jamaah:

Orang PAS mendakwa parti mereka sahaja semata–mata Islam atau dengan kata lain ialah sebagai PARTI ALLAH atau HIZBULLAH. Selain daripada parti mereka semuanya dianggap parti taghut dan kerana itu mereka berani mendakwa sesiapa yang menyokong dan mengundi PAS dianggap jihad dan masuk syurga.

Mana-mana kawasan atau negeri yang dimenangi PAS diumumkan sebagai kawasan dan negeri yang amat disenangi oleh Rasulullah SAW, sementara yang dimenangi oleh parti lain disedihi oleh Rasulullah SAW. 

Sebenarnya, jika kita membuat analisis dengan secara halus dan dinilai dengan ajaran Islam sebenar berdasarkan Al-Quran, As Sunnah, Ijma’ dan Qias, kita dapati tidak banyak perbezaan di antara parti PAS dengan parti –parti politik lain.

Cuma apa yang jelas lebihnya mereka (PAS) ialah stail bercakap dan tempikan “ALLAHUAKHBAR” pengikutnya. Oleh sebab itu kita berani mendakwa bahawa sebenarnya PAS Bukan Parti Islam, lebih-lebih lagi setelah diteliti parti itu tidak memenuhi cirri-ciri Parti Islam atau Parti ALLAH atau HIZBULLAH yang sebenar sepertimana yang terdapat dalam Al-Quran dan Al Hadis dan juga arthar serta sejarah perjuangan para pejuang Islam lampau, termasuk apa yang pernah diperjuangkan oleh para Nabi dan Rasul dahulu.

Bagi membentangkan hujjah ini digunakan sumber rujukan nas ( Al-Quran dan Al Hadis) dan juga sejarah perjuangan para Nabi dan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda SAW, bukan berdasarkan nafsu atau lain-lain teori politik bikinan manusia. Bagi membuktikan dakwaan ini, maka marilah kita lihat apa yang disebut oleh ALLAH didalam Al Quran dan juga Al Hadis serta athar yang dikemukakan di bawah ini.

Tujuan diketengahkan pandangan ini bukan kerana fanatik atau membenci kepada mana-mana golongan ataupun membencikan PAS, tetapi sekadar member penjelasan agar tidak timbul kekeliruan di dalam kalangan umat Islam berhubung dengan perjuangan Islam dan agar masyarakat tidak terus menerus tertipu dengan slogan dan label Islam yang digunakan oleh PAS dan tempikan “ALLAHU AKBAR” mereka serta ugutan kononnya, sesiapa tidak menyokong atau mengundi PAS berdosa dan masuk dan masuk neraka dan sesiapa sokong PAS masuk syurga.

Jadi kalau orang kafir seperti DAP dan lain-lain pakatan pmbangakang  yang menyokong yang menyokong dan undi PAS- APAKAH MEREKA JUGA AKAN MASUK SYURGA?  BERSAMBUNG ….. PART 4

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s