BENARKAH PAS PARTI ISLAM – PART 4

CIRI-CIRI PARTI ISLAM MENURUT AL QURAN

Dalam Al-Quran, ALLAH secara jelas dan tegas telah memperkenalkan cirri-ciri dan sifat-sifat Parti Islam dengan sebutan HIZBULLAH , iaitu PARTI ALLAH.
Ertinya, Islam memang memerintahkan umatnya memasuki parti yakni PARTI ALLAH. Bukan parti mengikuti sistem sekular,cara pemilihan pemimpin mengikut undi dan sebagainya seperti mana yang PAS amalkan sekarang ini.Tapi Parti ALLAH mempunyai ciri-ciri khusus yang ALLAH sendiri telah tetapkan; bukan macam PAS tetapkan.

ALLAH telah berfirman didalam Al-Quran:

Maksudnya: “Sesungguhnya pemimpin kamu itu ialah ALLAH, Rasul-NYA dan orang-orang yang telah beriman yang mendirikan bersembahyang, yang mengeluarkan zakat, dan hal keadaan mereka itu tunduk (kepada ALLAH). Dan barangsiapa mengankat ALLAH, R asul-NYA dan orang-orang mukmin menjadi pemimpin, maka sesungguhnya HIZBULLAH( Parti ALLAH) itulah yang mendapat kemenangan.” –(Surah Al Maidah ayat 55-56)

Firman ALLAH lagi:

Maksudnya; “Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum itu yang benar-benar beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, tergamak berkasih saying dengan orang-orang yang menentang ALLAH dan Rasul-NYA, sekalipun orang-orang(yang menentang ALLAH) itu terdiri daripada bapa-bapa mereka atau anak-anak mereka atau saudara- saudara mereka atau keluarga mereka.Meraka (golongan yang benar-benar beriman itu) telah ditetapkan iman di dalam hati mereka dan ALLAH telah menguatkan mereka dengan cara menanamkan semangat di dalam hati mereka. ALLAH akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sunagi-sungai dan mereka kekal di dalamnya. ALLAH redha kepada mereka dan demikian juga mereka redha kepada ALLAH serta bersyukur kepada nikmat pemberian ALLAH.Mereka itulah anggota-angota HIZBULLAH( Parti ALLAH ). Sesungguhnya pendokong HIZBULLAH (Parti ALLAH) itu ialah orang-orang yang mendapat kemenangan (di dunia dan di akhirat)”- (Surah Al Mujadilah ayat 22).

Ayat-ayat di atas secara tidak langsung ALLAH telah menerangkan tentang cirri-ciri Parti ALLAH dan sifat-sifat pemimpin dan anggotanya. Di antaranya ialah;

1. Mereka benar-benar beriman kepada ALLAH dan Rasul-NYA , menjadikan kedua-duanya sebagai pemimpin dan tempat rujuk serta tempat minta pertolongan.

2. Mereka meletakkan orang yang benar-benar beriman sebagai pemimpin, iaitu di kalangan mereka yang bertaqwa.

3. Mereka beriman kepada Hari Akhirat

4.Mereka mendirikan sembahyang.

5.Mereka mengeluarkan zakat.

6.Mereka benar-benar patuh kepada perintah dan hukum ALLAH.

7.Mereka sekali-kali tidak berkasih sayang dan bekerjasama dengan orang yang menentang agama (ingkar hukum) ALLAH.

8. Tidak bersikap asabiah qaumiah, yakni tidak bertolak ansur walaupun dengan ibu bapa, anak-anak, saudara mara, kerabat dan keluarga sendiri, sekiranya mereka itu anti-Islam atau melakukan maksiat dan kemungkaran.

9. Mereka( golongan Parti ALLAH) tidak pernah kalah dan sentiasa menang.

Menyentuh tentang ciri dan sifat nombor 7, bersesuaian dengan ayat 22 surah Al-Mujadilah di atas, kita dapati sifat-sifat dan ciri-ciri itu tidak ada pada parti PAS.Demikian dengan cirri nombor 9, kerana PAS sentiasa kalah dalam pilihanraya.

Tapi demi kerana untuk meraih undi, PAS sanggup berkerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada parti-parti menentang ALLAH kerana peribadi pemimpin mereka dan dasar parti mereka bukan berlandaskan Islam.Buktinya ialah DAP dan PKR dasar dan perlembagaan parti mereka tidak berlandaskan Islam, bahkan tidak ada langsung cita-cita untuk menegakkan Islam. 

Mereka Cuma menyokong Islam untuk mengambil kesempatan di sebalik isu reformasi; yang isu tersebut juga tidak berlandas dan semangat Islam.sekiranya mereka (Pakatan Pembangkang) menang, mereka juga akan melaksanakan sistem pemerintahan seperti mana yang sedang dilaksanakan oleh UMNO dan BN sekarang ini.

Sumber  :  http://hambali1.blogspot.com/

BERSAMBUNG …….  PART 5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s