BENARKAH PAS PARTI ISLAM – PART 5

CIRI CIRI PARTI SYAITAN

Selain diterangkan cirri-ciri Parti ALLAH, terdapat juga ayat yang menyebut tentang cirri-ciri Parti Syaitan atau HIZBUSSYAITAN.

Tujuan ALLAH bentangkan firman-NYA itu ialah untuk membuat perbandingan agar umat Islam dapat membezakannya serta membuat pilihan engan tepat.

Firman ALLAH:

Maksudnya;“…mereka menjadikan agama (memperalatkan agama) untuk tujuan berpecah-belah dan berpuak-puak sehingga menjadi beberapa pecahan (parti-parti). Masing-masing puak(parti)pula berbangga dengan apa yang ada di sisi mereka….”-(Surah Al Mukminun ayat 53)

Firman ALLAH lagi:

Maksudnya;“… orang-orang yang menyekutukan ALLAH itu ialah orang yang memecah-belahkan agama mereka(dengan cara meninggalkan agama tauhid dan menganut pelbagai ideology bikinan akal dan nafsu) sehingga menjadi beberapa golongan (parti-parti). Tiap-tiap golongan (parti) itu merasa bangga (sombong) dengan apa yang ada pada mereka “_( Surah Ar Rum ayat 32)

Selanjutnya ALLAH berfirman lagi:

Maksudnya;“Syaitan telah menguasai mereka lalu ia (syaitan) menjadikan mereka itu lupa kepada ALLAH.Lalu mereka tergolongke dalam golongan hizbussyaitan( parti syaitan).ketahuilah,sesungguhnya PARTI SYAITAN itu parti yang rugi”-(Surah Al Mujadilah ayat 19)

ALLAH telah menjelaskan tentang ciri-ciri parti syaitan dalam ayat di atas seperti berikut;

 

1. Pemimpin dan anggotanya memperalatkan agama untuk menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat. 
2. Mereka meninggalkan agama Tauhid, sebaliknya menjadikan ideology dan aliran fikiran manusia sebagai pegangan dan peraturan politik dan peraturan hidup mereka. 
3. Bersikap sombong dan berbangga dengan parti masing-masing. 
4. Lupa kepada ALLAH.Yakni, apabila ingin menyelesaikan masalah umat, mereka tidak merujuk kepada hukum ALLAH, sebaliknya merujuk kepada teori manusia. 
BERSAMBUNG …… PART 6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s