BENARKAH PAS PARTI ISLAM – PART 6 ( AKHIR )

PAS MILIKI CIRI-CIRI PARTI SYAITAN?

Maksudnya : “Syaitan telah menguasai mereka lalu ia (syaitan) menjadikan mereka itu lupa kepada ALLAH.Lalu mereka tergolongke dalam golongan hizbussyaitan( parti syaitan).ketahuilah,sesungguhnya PARTI SYAITAN itu parti yang rugi”-(Surah Al Mujadilah ayat 19)

Daripada huraian ayat di atas, didapati PAS mempunyai sekurang-kurangnya tiga sifat sepertimana yang tersebut dalam ayat di atas.

Di antaranya ialah :

1. Mereka (PAS) memperalatkan agama untuk menimbulkan perpecahan ,iaitu mereka membuat pelbagai dalil agama untuk menuduh orang-orang Islam dalam UMNO dan BN sebagai orang-orang kafir; sembelihan mereka tidak boleh dimakan;dan jenazah mereka tidak boleh diziarah dan disembahyangkan-sehingga orang lain tidak bergaul dengan orang-orang Islam dalam UMNO dan BN dan memusuhi mereka.

2. PAS menggunakan sistem politik demokrasi dan politik pilihanraya sebagai saluran untuk menegakkan Islam. Ini di akiu sendiri oleh Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam bukunya Amanat Haji Hadi, mukasurat 23 dan 24, yang berbunyi : “Walaupun demokrasi adalah ciptaan Barat bukan Islam, di mana di dalamnya terdapat pelbagai kelemahan dan penyelewengan yang ketara, namun Islam menerima kebebasan dan hak-hak yang diberi oleh demokrasi dan mengambil alih faedah darinya untuk menyuarakan ajaran Islam.

Selanjutnya beliau menyambung “PAS tetap menyertai pilihanraya dan menyertai sistem demokrasi….” Kenyataan Hadi ini bertentangan sekali dengan firman ALLAH;

Maksudnya: “Jangan kamu mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan…” – ( Al Baqarah ayat 42)

Ini menandakan PAS menganut falsafah barat iaitu “Matlamat menghalalkan cara”.

Bahkan Hadi mendakwa dengan mengatakan ‘Islam menerima kebebasan dan hak-hak yang diberi oleh demokrasi” Dari mana sumber yang mengatakan Islam menerima sistem tersebut?

Ulama muktabar mana yang mengeluarkan fatwa sehingga Hadi berani mengaitkan sistem tersebut dengan Islam. Sedangkan pada awal ayat itu diakui sendiri bahawa sistem ‘ demokrasi adalah ciptaan Barat dan terdapat penyelewengan”.

Di akhir kenyataan dinyatakan bahawa Islam menerima sisrem yang di ciptakan barat yang menyeleweng itu. Ini menunjukkan bahawa kenyataan Hadi memeksudkan Islam menerima penyelewengan.

Dalam perjuangan PAS pula, mereka menentang dan menuduh UMNO kerana UMNO menyeleweng daripada Islam kerana berjuang dan memerintah atas dasar demokrasi. Sekarang ini, siapa sebenarnya yang menyeleweng?

Atas asas apa pendirian perjuangan PAS sebenar?

3. Sifat ketiga pula ialah orang-orang PAS memang bersikap sombong dan berbangga dengan parti mereka. Buktinya kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa kemenangan PAS kerana malaikat membantu mereka. Kelantan negeri yang disukai Rasulullah SAW.

Kenyataan itu secara tidak langsung menghina orang Islam di negeri-negeri lain.

Lantaran merasakan mereka (PAS) disayangi Rasulullah SAW dan suci, maka sebab itu mereka sanggup mencaci maki orang Islam lain sehingga boleh digelar sebagai “Barua” dan sebagainya.

SUMBER  :  http://hambali1.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s