PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT JIKA ANWAR MB SELANGOR ?

 

Apa Kata Bekas KP Pas?

Bekas Ketua Pemuda Pas menulis di laman FBnya juga mengecam tindakkan PKR yang sesuka hati membuat keputusan tanpa berunding bersama sama parti gabungan mereka.

Pilihanraya kecil ciptaan sendiri. Nak habiskan wang rakyat ? Nak bazirkan masa rakyat ? Nak sia – siakan tenaga rakyat ? 
Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung. Tak pasal – pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan.

Permainkan amanah rakyat yang bekerja, berjuang dan mengundi separuh mati dalam pilihanraya yang lalu. Hanya berlalu beberapa bulan. Cipta pilihanraya kecil … Ini tidak bagus ! Ini melampau !

Pas tu PAS ini apa ? Parti Tupper Ware ? Tak bincang sepatah ? Tak runding sikit pun ? Politik apa ini ? Cara dan skil mana digunakan ?

Pas tu nak suruh saya turun berkempen, nak suruh rakan – rakan pimpinan lain turun kempen. Kan dah elok – elok menang. Letak jawatan kenapa ?

Kerana ada yang nak jadi MB ? MB dah ada kan ? Jalan lah dulu. Itu persetujuan dari 3 parti. Kenapa tak sabar nak jatuhkan MB tu ? Dah habis pelan tindakan ? Sampai kena letak jawatan lalu mempertaruhkan masa depan ? Entahkan menang entahkan kalah ?

Kegilaan apa ini ? Sawan politik ?
Wah! Marah sungguh dia. Tetapi sehingga hari in Keris hanya tahu dia melalak dalam facebook sahaja. Mana pergi maruah PAS jika di’hanjing’kan oleh PKR begitu sahaja? Nasruddin Tantawi patut mengajak pimpinan PAS lawan PKR yang bajet cool dan melampau kuasanya?

Pas memang perlu angin satu badan dengan permainan politik PKR. Kita fahamPAS kesal dengan tindakan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah. Tapi takkan tahap kesal sahaja? Apa calon PAS tak layak bertanding di Kajang?

SUMBER  :  http://www.networkedblogs.com/panorama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s