KJ BENGANG TINDAKAN LEMBAB !

“Saya tak faham kenapa masa yang lama diambil dan saya minta polis jelaskan kenapa tindakan tidak boleh diambil. Kalau tiada kes, tolong jelaskan. Jika tidak, sampai kiamat pun tiada tindakan diambil,” Khairy Jamaluddin.- Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN).
“Ambil tindakan, jika tak boleh ambil tindakan beritahu kenapa. Jangan cakap Pemuda (UMNO dan BN) serta NGO tak buat apa-apa sedangkan kita sudah banyak buat laporan polis. Tindakan Teresa memang salah dan ia satu parodi yang tak menjadi,” katanya.

Sementara itu di Kajang, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengumpul semua laporan polis dan memulakan siasatan berhubung isu klip video berbaur sindiran yang dikaitkan dengan Teresa.

“Sebanyak 300 laporan polis diterima berhubung perkara itu daripada badan bukan kerajaan (NGO), individu dan pertubuhan lain. Siasatan telah dimulakan dan SKMM juga beri kerjasama bukan sahaja untuk muat turun (video), malah beberapa maklumat lain telah kita peroleh,” katanya selepas merasmikan Seminar Penjara Sejahtera, semalam.

Baca lagi di – http://www.bharian.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s