KHALID BERLAGAK ENGGAN JAWAB ISU DIPUJUK MASUK PAS

SHAH ALAM  –  Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim enggan mengulas ura-ura PAS mengajak beliau keluar PKR dan masuk dalam parti berteraskan Islam itu.

Beliau tak nak jawab isu itu.

“Saya ingat perkara Menteri Besar ini tak perlu dijadikan satu isu. Beri peluang kepada rakyat Kajang menentukan siapa pilihan mereka,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor baru selepas selesai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang nanti.
Ditanya mengenai pandangan Anwar memulakan kempen terlalu awal, Khalid bagaimanapun melihat perkara itu sebagai peluang memandangkan akses untuk ke media arus perdana disekat.

“Kita tak mulakan kempen lagi. Ada pro dan kontra. Selain memberikan mesej kepada rakyat, kita mengalami kekangan muncul di media arus perdana. Ini soal keadilan,” katanya.

Perbelanjaan PKNS

Katanya lagi, Selangor mula memantau pengurusan dana dan perbelanjaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak enam tahun lalu.

Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mendapati terdapat beberapa isu yang melibatkan tatacara penggunaan dan perbelanjaan dana yang perlu diperbaiki.

Antaranya melibatkan dana perbelanjaan untuk pasukan bola sepak PKNS sebanyak RM9 juta setahun, pembangunan usahawan sebanyak RM5 juta setahun dan perbelanjaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebanyak RM30 juta setahun.

“Tambah pula, kita telah dimaklumkan terdapat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan kononnya berlaku salah guna dana untuk pasukan bola sepak yang masih belum selesai,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memutuskan untuk melantik tiga Exco negeri iaitu Iskandar Samad, Datuk Teng Chang Khim, dan Rodziah Ismail memantau perbelanjaan dana PKNS.

“Kami akan memantau perkembangan PKNS dengan teliti untuk memastikan sumber-sumber syarikat diuruskan secara profesional untuk memberi manfaat maksimum kepada rakyat Selangor selaras dengan agenda Hasil Negeri Untuk Rakyat,” katanya.

Gaji pokok

Sementara itu, beliau mempertahankan kenyataannya sebelum ini kerajaan negeri jimat RM7 juta dengan menamatkan khidmat kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Bhd (PHSB).

Katanya, kenyataan bekas Pengurus Pemasaran PHSB Dr Aliff Aiman bahawa jumlah keseluruhan gaji kakitangan PHSB hanya RM2.04 juta setahun itu tidak tepat.

“RM2 juta hanya bayar gaji pokok. Itu tidak termasuk sewa bangunan, bonus dan pengunaan elektrik dan lain-lain kos,” katanya.

Beliau turut mempertahankan tindakannya untuk mengekalkan imej PKNS sebagai satu syarikat yang menguruskan dana kewangan rakyat dengan baik, dan bukan hanya mengambil keuntungan secara komersial semata-mata.
“Kita mahu tunjukkan kita mematuhi prosedur yang betul dan sanggup menghadapi risiko (kritikan),” katanya – FMT

One thought on “KHALID BERLAGAK ENGGAN JAWAB ISU DIPUJUK MASUK PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s