MENANG PRK KAJANG, ANWAR AKAN BAWA MASUK MAT TAIB DALAM PENTADBIRAN

KAJANG  –  Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membawa masuk veteran Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor sekiranya beliau berjaya memenangi PRK Dun Kajang bulan depan.

Menurutnya, Muhammad mempunyai kepakaran dalam program desa dan luar bandar selain akan dapat membantu dalam pentadbiran Selangor.

“Saya akan panggil beliau kerana kepakarannya dalam program desa dan luar bandar.

“Saya yakin, beliau akan dapat membantu dan memanfaatkan kepakarannya dalam pentadbiran kerana program Kajang dan Selangor ini adalah program untuk rakyat,” katanya dalam ucapan di Kompleks Penghulu Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, semalam.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib ketika zamannya memegang jawatan Menteri Besar Selangor pernah dicalit kontroversi apabila Mahkamah Majistret Brisbane memutuskan beliau bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia.

Berikutan keputusan itu, beliau melepaskan jawatannya pada 1998 setelah memegang jawatan tersebut sejak 1986.

Menjelang PRU13, beliau ambil keputusan menyertai Pas dan turut giat berceramah dalam kempen PR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s