SELANGOR METERAI PERJANJIAN AMBIL ALIH PENGURUSAN SYARIKAT AIR

Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai satu persetujuan untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil alih pengurusan syarikat-syarikat bekalan air, yang akan menerima pampasan RM9.65 bilion.
 
Kerajaan persekutuan juga akan menyuntik dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu negeri ini menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.
Sebagai balasan, Selangor akan membenarkan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2.
Maklumat itu disediakan oleh seorang pegawai dari Pejabat Menteri Besar Selangor, yang menghadiri sidang akhbar untuk mengumumkan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) tersebut
Ini menamatkan pertelingkahan sejak lima tahun lalu antara kerajaan pusat dan negeri berhubung perkara itu.
Malaysiakini dilarang meliputi sidang akhbar tersebut petang ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor hari ini mendatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang telah berlarutan sejak 2008, di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya.
Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan detik bersejarah tersebut.

One thought on “SELANGOR METERAI PERJANJIAN AMBIL ALIH PENGURUSAN SYARIKAT AIR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s