‘PAPAGOMO’ DIARAH BAYAR ANWAR RM800 RIBU

alt

KUALA LUMPUR 28 Feb – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KLPOS Media Production Sdn Bhd Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar ganti rugi RM800,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim Rosilah Yop membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak plaintif berjaya membuktikan kes dan mengarahkan defendan membayar ganti rugi kos sebanyak RM50,000.

Wan Azri diwakil oleh peguam Jasbeer Singh manakala Anwar diwakili oleh peguam N.Surendran dan Latheefa Koya.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim mengakui tiada bukti untuk mengaitkan Azri  sebagai pengendali blog kontroversi PapaGomo.com.

Anwar yang menjawab soalan Peguam Jasbeer Singh setuju soalan yang dikemukakan selepas mendapati tiada identiti tertera pada laman web PapaGomo.com

Sementara itu, Wan Azri dalam kenyataan pembelaannya menjelaskan tidak pernah mengendalikan blog persendirian selain MalayRights.blogspot sejak Julai 2013.

Jelasnya, laman web PapaGomo.com hanya diketahui beliau menerusi media arus perdana dan alternatif yang memainkan isu liwat Anwar dan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.

21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Wan Muhammad Azri, yang didakwa sebagai pemilik laman blog http://www.papagomo.com kerana menyiar empat siri kenyataan fitnah dalam laman web itu pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

SUMBER : http://www.rakyatnews.my/index.php/20140228143502/ekslusif/mahkamah-perintah-wan-azri-bayar-rm800-ribu-kepada-anwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s