STATUS TIDAK PUAS HATI DI FACEBOOK – TINDAKAN HAMIDAH OSMAN KURANG CERDIK

hamidah osman

ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menyelar tindakan bekas Exco Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman yang membincangkan hal dalaman di laman facebook.

Sambil menyifatkan Hamidah sebagai keterlaluan dan kurang cerdik, bagi Zainol sebarang masalah dalaman tidak harus dibincangkan secara terbuka apatah lagi dilaman sosial.

“Pada saya, tindakan bekas Exco Kanan Datuk Hamidah menggunakan lan Facebook untuk menyatakan sebarang masalah adalah sesuatu yang tidak wajar.

“Apatah lagi membuat tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas terhadap pemimpin negeri. 

“Secara logiknya jika Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir mempunyai pandangan negatif terhadap beliau maka sudah pasti namanya tidak tercalon untuk bertanding pada PRU yang lepas. 

Tambah Zainol, kenyataan Hamidah itu langsung tidak berasas apatah lagi beliau menjadi calon walaupun namanya terpalit dengan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Tegas beliau lagi, Hamidah tidak seharusnya menyalahkan Zambry kerana tidak tercalon dalam pilihanraya lalu.

Katanya, bukan Zambry yang menolak Hamidah sebaliknya pengundi DUN Sungai Rapat sendiri yang menolak pemimpin itu.

“Bukan Zambry yang tolak dia sebaliknya pengundi di Sungai Rapat yang sebelum ini pernah memilih Hamidah sebagai wakil rakyat mereka. 

“Persoalannya, Kenapa pengundi menolak Hamidah? Rasanya, beliau sendiri tahu apa dan di mana sebabnya. 

Terang Zainol, dengan menuduh pemimpin tertinggi Perak itu mahu memenjarakan beliau adalah satu tuduhan yang paling kurang waras. 

“Dia ada fikirkah, dimana logiknya seorang Menteri Besar mahu memenjarakan Exco Kanannya sendiri? 

“Apakah kuasa Zambry mahu memenjarakan orang kerana itu adalah kuasa mahkamah. 

Zainol menyarankan Hamidah supaya tidak menuding jari kepada mana-mana pihak hanya kerana kalah di Dun.

Katanya, kekalahan itu bukanlah disebabkab pihak lain sebaliknya ia berpunca dari dirinya sendiri.

“Janganlah kerana kalah di DUN atas silap sendiri kita mahu menyalahkan orang lain. 

“Terimalah kelemahan diri dan perbaiki untuk masa depan. 

“Muhasabah diri sendiri kerana itu yang sebaik-baiknya.

Menurut Zainol, hakikat sebenar, Zambry telah banyak berkorban demi mempertahankan Hamidah.

Namun kini, pengorbanan itu dilihat sia-sia kerana Hamidah seolah-olah lupa tentang apa yang telah dilakukan oleh Adun Pangkor itu.

“Sebenarnya banyak isu yang terpaksa ditelan dan dipendamkan oleh Zambry demi mempertahankan Hamidah sejak dari sebelum menjadi exco kanan, sementelah pula semasa beliau memegang jawatan. 

“Ini termasuklah kejadian yang berlaku pada malam sebelum Zambry mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

“Perkara ini tidak pernah didedahkan demi menjaga keharmonian UMNO dan BN. 

“Nama Zambry dicadangkan sendiri sebelum itu oleh Mantan MB Tan Sri Tajol Rosli semasa di Kediaman YAB Perdana Menteri dan dipersetujui oleh ADUN-ADUN BN yang hadir pada masa itu. 

Katanya lagi, Zambry turut mempertahankan Hamidah dalam isu yang melibatkan pihak Istana.

Malah katanya, sebagai Menteri Besar, Zambry sentiasa mengambil pendekatan yang bijaksana dan sentiasa melindungi Exco-exco dibawahnya.

“Sepanjang saya mengenali Zambry, saya mendapati beliau bukanlah jenis individu seperti yang digambarkan oleh Hamidah. 

“Saya berpendapat, seluruh Perak berpandangan sama seperti saya. 

“Beliau sentiasa melihat kepentingan Rakyat mengatasi kehendak peribadi individu dan pemimpin. 

“Ini adalah pandangan saya sebagai Exco yang pernah bersama-sama dengan Hamidah. 

Zainol menambah, beliau sendiri amat menghormati Hamidah sebagai Exco Kanan. 

Katanya, kenyataan Hamidah di Facebook adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.

Katanya lagi, tindakan Hamidah yang membuat pendedahan di medium FB tanpa melihat kepentingan Parti mengatasi kepentingan individu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s