TAMAN TEMA ANIMASI PERTAMA DI ASIA AKAN DIBINA DI IPOH DAN DIJANGKA SIAP PENGHUJUNG 2015

 

IPOH 31 Mac – Taman Tema Animasi atau dikenali sebagai ‘Movie Animation Park Studios (MAPS), yang pertama di Asia, bernilai RM450 juta di Meru Raya di sini, dijangka siap pada Disember tahun depan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata MAPS,  usahasama antara Perak Corp Berhad dan Sanderson Group, akan mempunyai pelbagai konsep zon animasi merangkumi Animation Square, Fantasy Forest, Live Action, Blast Off, DreamWorks dan Lakeside Zone.
“Ia juga akan memperkenalkan watak animasi yang ada di televisyen seperti The Croods, MegaMind, Mr Peabody and Sherman serta Casper the Friendly Ghost. MAPS adalah projek terbesar bertaraf antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah MAPS di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini semalam.
Beliau berkata MAPS terletak pada kedudukan strategik iaitu di Ipoh yang dilengkapi perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) serta berhampiran laluan Lebuhraya Utara-Selatan bagi kemudahan para pengunjung.
MAPS yang kini dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 10 hektar daripada 20.8 hektar di Meru Raya di sini, akan membuka hampir 3,000 peluang pekerjaan termasuk 700 pekerjaan utama, katanya.
Zambry berkata MAPS menyasarkan 1.4 juta pengunjung iaitu 80 peratus pelancong domestik dan 20 peratus dari luar negara pada tahun pertama pembukaannya.
Sementara itu, Pengerusi Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), syarikat usahasama tujuan khas, Datuk Aminuddin Md Desa berkata projek itu bakal menjadi penyumbang kepada ekonomi negeri Perak.
“Ia juga adalah sesuatu yang diusahakan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Perak Corp Berhad (anak syarikat PKNPk) untuk menjadi sebagai pencetus ekonomi yang lebih besar untuk negeri Perak,” kata Aminuddin yang juga Ketua Eksekutif PKNPk.
Beliau berkata bagi perancangan jangka panjang atau fasa kedua, MAPS juga akan mempunyai hotel, pangsapuri berperkhidmatan, ‘street mall’ dan taman air di kawasan seluas 10.8 hektar lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sanderson Group Steve A. Sanderson berkata MAPS di Perak merupakan projek antarabangsa Sanderson, syarikat taman tema bersepadu pertama Australia yang mengkhusus dalam mereka bentuk dan membina taman tema serta destinasi hiburan.
“Untuk keselesaan pengunjung, majoriti taman tema berkenaan atau 60 peratus adalah dalam bangunan atau berbumbung bagi melindungi pengunjung daripada panas dan hujan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s