Aside

PERLU ADA UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN JENAYAH BARU DAN PUSAT SIASATAN SIBER PDRM !

Ada sebab mengapa Zairil Khir Johari atau nama sebenarnya, Christopher Ross Lim beria-ia menentang kewujudan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber PDRM (CIRC) dalam usaha mencegah, memantau dan menahan pelaku-pelaku jenayah siber. Dan sudah tentulah, DAP menerusi Zairil tidak mahu melihat tentera-tentera siber DAP yang cukup berkesan, Red Bean Army terperangkap dengan aktiviti CIRC yang turut menguatkuasakan Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) yang telah dipinda.

DAP seperti yang diketahui, amat takut dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dan sama seperti perangai kaum kafir lain, mereka amat takut dengan kematian dan kesusahan. Disebabkan itulah, DAP sanggup melabur sejumlah besar wang agar ada Melayu-Bumiputera yang sanggup berperang dengan Kerajaan demi memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa akta pencegahan lain kerana tanpa akta-akta berkenaan, barulah mereka boleh bergerak dengan bebas dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah NEGARA CINA dengan hasutan dilakukan untuk memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan seperti yang mereka lakukan selepas ISA dimansuhkan.

Kita sudah mula mendengar laungan KEBEBASAN BERSUARA dan KEBEBASAN MEDIA dari kem Pakatan Rakyat, walhal dari segi amalannya, Pakatan Rakyat merupakan pihak yang paling kuat mengekang kebebasan bersuara dan kebebasan media sebagaimana yang dapat kita lihat menerusi tindakan mereka menghalang wartawan-wartawan dari media-media yang mereka labelkan sebagai PERKAKAS UMNO. Sedangkan pada masa yang sama, mereka memperolok-olokkan UMNO dan Barisan Nasional jikalau portal-portal serta pasukan media yang condong kepada mereka tidak dibenarkan membuat liputan.

Perhatikan juga tindakan Lim Guan Eng yang mengerahkan PDRM Pulau Pinang menghalang sebarang demonstrasi yang dibuat ke atasnya kerana dikatakan mengganggu lalu lintas, tetapi apabila Pakatan yang membuat kekacauan di jalanraya, dia mengecam PDRM kerana tidak memberikan permit dan tidak membenarkan mereka beraksi seperti beruk. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim yang cukup galak bercakap tentang kebebasan media dan kebebasan bersuara, tetapi dia tidak akan menerima kritikan terus menerusi media sosial kecuali menghalang mana-mana orang yang boleh memalukannya atau menutup mulut dan aksi mereka dengan tindakan saman.

Akta baru PCA membolehkan individu-individu yang ditahan, boleh ‘disimpan’ selama 70 hari tanpa perbicaraan berbanding ISA selama 60 hari. Manakala Pusat Tindak Balas Siasatan Siber PDRM pula boleh melakukan pemantauan, pengesanan, siasatan siber dan yang berkaitan dengannya bagi mengekang mana-mana subversif yang cuba menimbulkan huru-hara di negara ini menerusi hasutan melampau dan fitnah seperti dalam grafik yang ditunjukkan di atas.

Facebook merupakan antara medium yang paling digemari oleh para penyokong Pakatan Rakyat untuk menyebarkan fitnah dan dakyah kotor mereka. Mereka tidak segan silu berbohong dan memusingkan fakta asalkan bersesuaian dengan selera pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan harapan, rakyat Malaysia yang kurang membaca, kurang mengkaji dan enggan mengulangkaji sejarah, mudah termakan dengan pembohongan yang dilakukan.

Setakat ini, tidak banyak kejayaan yang dicapai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media dalam usaha mengekang budaya fitnah dan hasutan di dunia maya. Diharapkan dengan Undang-Undang Pencegahan Jenayah baru dan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber PDRM, mereka yang selama ini cukup angkuh dan bermaharajalela di media siber, dapat ditakal dan dipamerkan kepada rakyat Malaysia agar boleh dijadikan teladan.

Ketiadaan penguatkuasaan undang-undang yang tegas, menyebabkan lebih ramai yang berasakan mereka lebih bijak dan lebih kebal kerana kononnya mereka boleh berhelah yang mereka berada di luar negara dan tidak tertakluk kepada undang-undang di negara ini. Namun pada masa yang sama, SKMM dan CIRC boleh mengambil tindakan dengan menutup terus akaun terbabit dengan menggunakan kemudahan undang-undang pencegahan.

Justeru, tidak hairan mengapa DAP beria-ia benar menentangnya kerana mereka sedar, kekuatan mereka selama ini adalah daripada pembohongan dan pendustaan yang dilakukan tanpa segan silu dan tanpa malu-malu! Kredit to http: MyKMU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s