PERSATUAN KRISTIAN MALAYSIA KENA KENCING DENGAN ANWAR IBRAHIM ?

Hiasan jer….

AIDCNews – 4/4/14 – Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) kecewa dengan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya Persatuan Bible Malaysia (BSM) menulis sendiri surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk mendapatkan kembali salinan Alkitab yang disita oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana langkah itu tidak munasabah.

Menurut CFM, tidak munasabah apabila JAIS merampas Bible berbahasa Melayu itu tetapi pemulangannya hanya boleh dilakukan dengan kebenaran dan kuasa peguam negara.

Pengerusi CFM, Reverend Eu Hong Seng

“Selain lari daripada tanggungjawab, tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima,” kata Pengerusi CFM, Reverend Eu Hong Seng dalam satu kenyataan dilaporkan Malaysiakini hari ini.

“Kerajaan negeri Selangor mempunyai kuasa bertindak dalam perkara ini dan tidak boleh mengelak daripada tanggungjawabnya,” katanya.

Kenyataan itu dibuatnya selepas Abdul Khalid mengarahkan BSM menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan semula 300 naskhah Bible berbahasa Melayu dan Iban dikenali sebagai ‘Alkitab’ yang disita JAIS pada bulan Januari.

Eu berkata respon kerajaan negeri itu “mengecewakan” dan muncul sebagai satu cubaan “mencuci tangan” oleh Selangor dalam perkara itu.

 

Lihat komen menarik dari pembaca di http://www.anwaraidc.com/?p=45675

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s