BENDERA ISRAEL BERKIBAR DI SEBUAH RESORT DI TUARAN, SABAH ?!

Kecoh juga media sosial dengan penyebaran gambar bendera Israel yang dikibarkan di Raintree Beach Resort Tuaran Sabah. Ia mendapat kecaman dari penduduk dan pengguna laman sosial sejak beberapa hari yang lalu. Sebagaimana yang kita maklum, bendera israel diharamkan di Malaysia kerana menyentuh sensitivi umat islam. Ia berikutan tindakan tentera rejim zionis Israel menindas umat islam di Palestin.

Selain itu, Malaysia juga tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel. Jadi kenapa bendera berkenaan ada dikibarkan disana? Adakah ada pihak yang sengaja mahu mencetuskan kekecohan atau sebagainya?
Sebuah syarikat perfileman dari China dikatakan menerbitkan filem The World Stewardess Contest(Pertandingan Pramugari Dunia) dan mereka telah membuat penggambaran sejak seminggu lepas di resort berkenaan.
Filem berkenaan menceritakan berkenaan pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera itu mungkin menggambarkan negara seorang daripada peserta yang bertanding. Pergerakan Pemuda Umno Tuaran juga telah difahamkan pergi ke resort berkenaan untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan.
Sumber: melvister.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s