LAWATAN OBAMA UNTUK TERUSKAN PERBINCANGAN TPPA BUKAN MEMUKTAMADKANNYA

KUALA LUMPUR 22 April – Lawatan tiga hari Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke Malaysia hanya untuk meneruskan perbincangan lanjut mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan bukan untuk memuktamadkannya dalam tempoh itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria berkata mustahil untuk Malaysia dan AS memuktamadkan TPPA memandangkan ia bukan perjanjian dua hala, dan Presiden Obama hanya mewakili sebuah negara.

“Ia lebih daripada TPPA memandangkan kami juga akan berbincang mengenai dagangan dua hala Malaysia-US selain pelbagai lagi isu lain seperti industri, pendidikan dan keselamatan,” katanya di luar majlis hari graduasi Persatuan Pusat Hubungan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau berkata lawatan Obama, yang bakal menyaksikan perjanjian perniagaan, pastinya akan mengukuhkan hubungan antara dua negara.

Ini adalah lawatan rasmi pertama Obama ke Malaysia sejak lawatan bekas Presiden Lyndon Johnson pada 1966.

TPPA ialah perjanjian perdagangan bagi mengurus perdagangan, mempromosi pertumbuhan dan menyepadukan ekonomi serantau di Asia Pasifik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s