PERDANA MENTERI SINDIR PESERTA HIMPUNAN BANTAH GST

Jitra – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir segelintir pihak yang berhimpun membantah perlaksaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka semalam.

Beliau yang berucap merasmikan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 berkata, ketika para penjawat awam berhimpun secara aman di dalam dewan, ada pula pihak tertentu yang sengaja berhimpun untuk mencetus kekecohan dan kebencian terhadap Kerajaan.
Perdana Menteri meminta agar penjawat awam berfikir secara rasional dan matlamat berkenaan tindakan-tindakan kerajaan meskipun adakalanya keputusan tersebut dianggap kurang popular.
“Kita perlu kepada pemikiran yang rasional, bukan ikut perasaan..”
“Umpamanya, kita berhimpun di dalam keadaan yang aman dalam dewan ini, tetapi pada hari ini juga ada pihak bercadang untuk buat sedikit sebanyak bantahan di Kuala Lumpur terhadap GST dan perkara lain-lain.
“Walaupun pada hakikatnya bila kita perkenalkan GST, masa depan negara kita lebih terjamin, masa depan penjawat awam pun lebih terjamin,” kata Najib yang mendapat tepukan gemuruh dari lebih 8,000 kakitangan awam yang hadir.
Selain itu, Najib turut menjamin masa depan para kakitangan awam di Malaysia tidak akan dikurangkan sebagaimana yang pernah disuarakan beberapa pemimpin pembangkang yang berniat mahu mengurangkan separuh dari kakitangan awam sekiranya berkuasa sebagai kerajaan.
“Hari ini penjawat awam sudah pun melebihi awam sudah pun melebihi 1.5 juta.
“Tapi kerajaan kita tidak ada cadangan untuk mengurangkan bilangan penjawat awam seperti mana yang diperkatakan oleh beberapa pemimpin pembangkang.
“Mereka gambarkan sekiranya mereka dapat kuasa, ada yang kata nak buang separuh daripada penjawat awam, kalau tak buang separuh pun, mereka akan menguncupkan saiz perkhidmatan awam,” katanya lagi. -UtaraNews.com

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s