MAHU TUMPU ISU LAIN – MCA UMUM TIDAK TANDING PRK BUKIT GELUGOR

 

GEORGE TOWN :  MCAtidakakanmeletakkancalonpadapilihanrayakecil (PRK)ParlimenBukitGelugor 25 Meiini.Setiausaha Agung MCA Datuk Ong Ka Chuan membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu di Pejabat MCA Pulau Pinang petang tadi.

Ka Chuan berkata, keputusan dibuat selepas mesyuarat tergempar Majlis Presiden MCA yang diadakan di Ipoh, Perak jam 10 pagi tadi.

Keputusan tidak bertanding dibuat bagi memberi perhatian kepada krisis perlembagaan yang dicetuskan oleh PAS berhubung cadangan memperkenalkan undang-undang hudud di Kelantan.

MCA katanya juga mahu memberikan fokus kepada isu lain yang lebih penting termasuk menumpukan kepada gerak kerja untuk pilihan raya umum (PRU) ke 14.

Tambahnya, keputusan itu dipersetujui oleh pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hadir sama pada sidang media itu, pengerusi MCA Negeri, Datuk Chew Mei Fun.

Suruhanjaya pilihan raya (SPR) menetapkan 12 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon dan 25 Mei sebagai hari pengundian.

Pilihan raya kecil Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh yang maut selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya di kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Perak pada 17 April lalu.

Pada pilihan raya umum ke 13 tahun lalu, Karpal, yang juga bekas pengerusi DAP memenangi kerusi parlimen Bukit Gelugor dengan majoriti 42,706  undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s