SELFIE, HASHTAG DAN TWEET AKAN MUNCUL DALAM KAMUS DEWAN

KUALA LUMPUR – Perkataan popular yang lahir seiring perkembangan teknologi seperti ‘selfie’, ‘hashtag’ dan ‘tweet’ akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan, berkata ia selari dengan peranan kamus iaitu merakam penggunaan kata secara meluas oleh masyarakat.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perkataan itu akan diberi tanda ‘bp’ iaitu bahasa percakapan yang dilabel pada perkataan yang belum diterima sebagai bahasa standard.

“Pengguna kamus perlu membaca bahagian pendahuluan yang menjelaskan cara penggunaan kamus, termasuk bahagian dilabel ‘bp’, supaya tidak ada salah anggap bahawa semua kata di dalam kamus adalah perkataan baku,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, kemasukan perkataan itu juga berdasarkan ilmu leksikografi atau perkamusan memasukkan kosa kata yang digunakan secara meluas, disertai penjelasan konteksnya sama ada rasmi atau tidak rasmi.

“Perkataan itu juga tidak akan dimasukkan sekali gus. Tetapi bagi yang sudah meluas (pengunaannya), ia akan dimasukkan beserta penjelasan taraf dan akan dinilai oleh pekamus kerana ada kaedah tertentu untuk memasukkan sesuatu kata dalam kamus,” katanya.

Awang juga berharap masyarakat tidak membuat tanggapan DBP memasukkan banyak bahasa asing kerana fungsi kamus ialah perakam kata yang digunakan secara meluas oleh masyarakat.
Perkataan seperti ‘selfie’ merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri untuk dimuat naik ke laman sosial yang semakin menjadi trend, termasuk dalam kalangan pemimpin, selepas telefon bimbit pintar dilengkapi aplikasi kamera.

‘Hashtag’ yang merujuk kepada simbol # pula digunakan pengguna Twitter untuk menandakan kata kunci atau topik hangat bagi memudahkan pencarian dalam kalangan pengguna laman sosial itu.

Pengunaan perkataan ‘moden’ itu juga dimasukkan ke dalam beberapa kamus terkemuka dunia, termasuk Kamus Oxford, yang mana ‘selfie’ menjadi perkataan paling popular pada 2013.

Kamus Merriam-Webster juga menambah perkataan ‘selfie, hashtag dan Tweet’ yang menyaksikan editornya, Peter Sokolowski dalam wawancara dengan media baru-baru ini menyifatkan ia sebagai kesan perkembangan teknologi dalam kehidupan. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s