KEBAKARAN BANGUNAN MAIS, SIDANG MEDIA TERHENTI

KUALA LUMPUR – 100 NGO yang datang melontarkan sokongan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) terpaksa meninggalkan banggunan Mais selepas tercetusnya satu kebakaran lebih kurang jam 12.30 tengah hari semalam.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku ketika sidang media NGO-NGO terbabit sebagai tanda sokongan terhadap Jais dan Mais supaya tidak memulangkan lebih 300 Bible dalam bahasa Melayu dan Iban yang dirampas dari Persatuan Bible Malaysia (PBM) Januari lalu baru berlansung selama 15 minit.

Ketika kejadian berlangsung, hampir 50 orang menghadiri sidang media tersebut termasuk wakil NGO, Mais dan juga wartawan yang diadakan di tingkat 10 bangunan Mais di Shah Alam.

Dilaporkan, ketika kejadian berlaku, loceng kebakaran berbunyi namun ianya tidak dihiraukan sebelum seorang kakitangan masuk kedalam bilik mesyuarat dan meminta sidang media ditamatkan.

Kebakaran tersebut berlaku di tingkat 9 dimana wartawan yang hadir dapat melihat kepulan asap yang tebal dari tingkat tersebut semasa mengosongkan bangunan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul yang mengesahkan kejadian tersebut berkata berdasarkan laporan awal, kebakaran melibatkan tranformer penyaman udara di Tingkat 9.

“Punca kejadian masih disiasat,” Mohd Sani dipetik sebagai berkata.

Sebelum sidang media itu terpaksa dihentikan, kumpulan NGO tersebut mendesak agar Jabatan Agama Islam Selangor tidak tunduk kepada arahan kerajaan negeri Selangor yang mengarahkan supaya Bible yang dirampas dipulangkan kepada PBM.

Antara NGO yang turut serta dalam sidang media sebentar tadi ialah kumpulan pendesak hak Melayu Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim).

Malah, mereka turut mendesak agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail meletakkan jawatan kerana diaktakan telah menyamakan Bible yang dirampas dengan Kitab Injil.

Abdul Gani dalam kenyatannya beberapa hari lalu memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible tersebut.
Jabatannya memutuskan Bible  yang dirampas itu bukan merupakan tulisan yang diterbitkan di bawah Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Keputusan tersebut menyebabkan kerajaan negeri Selangor mengarahkan supaya Bible yang dirampas itu dipulangkan semula kepada PBM.

Namun, Mais kemudiannya tampil dengan kenyataan menyatakan keengganan untuk berbuat demikian. MD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s