RAKYAT MENGHARAPKAN PENTADBIRAN LEBIH BAIK DARI 35 MENTERI DAN 28 TIMBALAN MENTERI

Kemasukan MCA dan Gerakan dalam kabinet menjadikan jumlah anggota kabinet kini kepada 35 menteri penuh dan 28 timbalan menteri.

Dengan menteri seramai itu seharusnya pentadbiran Malaysia selepas ini akan lebih baik berbanding zaman Tun Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan tiada rombakan kabinet tetapi pertambahan seramai 6 anggota melibatkan kemasukan pemimpin MCA dan Gerakan saja.

Presiden MCA, Liow Tiong Lai dilantik sebagai Menteri Pengangkutan manakala Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong, masing-masing dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Tiga Naib Presiden MCA, Lee Chee Leong, Chua Tee Yong dan Chew Mei Fun pula dilantik sebagai timbalan menteri di MITI, Kewangan serta Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Penambahan dua lagi anggota Kabinet kali ini bukan saja menjadikan barisan Kabinet hari ini antara yang terbesar dalam sejarah Malaysia iaitu seramai 35 orang.

Sekiranya tidak ada perbezaan antara dahulu dan sekarang jumlah kabinet yang agak besar ini dianggap satu pembaziran.

Tetapi jika semua menteri kabinet seramai ini bekerja dengan penuh komitmen dan menghargai wang rakyat bakal dihabiskan untuk membayar gaji dan elaun mereka, Malaysia akan lebih cemerlang menuju ke arah negara yang berpendapatan tinggi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s