RAMAI PEMIMPIN PAS TALAM 2 MUKA ?

KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Kemelut yang melanda pentadbiran Selangor membabitkan kem PKR merebut kerusi Menteri Besar di antara Datin Seri Wan Azizah yang menjadi proksi Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat PKR kini turut dirasai oleh rakan sekutu gabungan Pakatan Rakyat (PR) iaitu PAS.
PAS yang turut diheret dalam kemelut itu sebelum ini pada awalnya telah menyatakan sokongan terhadap Khalid Ibrahim tetapi menukarnya pada saat akhir untuk berdiri di belakang Anwar Ibrahim dengan bersetuju dengan lantikan Wan Azizah sebagai MB disamping mencalonkan Azmin Ali sebagai calon kedua.

Melihat kepada keputusan parti PAS yang tidak konsisten itu, Ahli JawatanKuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataan di media sosialnya berkata bahawa di keputusan yang dibuat itu dipercayai ada kaitan dengan pemimpin PAS yang jasadnya di dalam PAS tetapi iqtikadnya bersama dengan kumpulan lain dimana perjuangan mereka ini hanya berselindung di sebalik perjuangan PAS tetapi memperjuangkan agenda pihak yang lain.

Dalam kenyataanya itu, Nasrudin beranggapan bahawa kumpulan ini yang berada dan berjuang di dalam PAS gemar bermuka-muka dan tidak ikhlas di dalam perjuangan kerana dilihat telah terpesong dengan peraturan jemaah dimana didalamnya telah termaktub landasan perjuangan yang mana asasnya komited pada perjuangan yang lurus.

“Kalau nak berjuang pastikan istiqamah iaitu aktif dan berada di jalan yang lurus. Komited dengan ketetapan dan peraturan jemaah. Semestinya jangan bermuka-muka. Contohnya, sudut depan kata bersama Pas tapi sudut belakang bercengkerama dengan kumpulan lain pula. Letakkan kasih sayang kepada jemaah mengatasi segalanya. Jangan tubuh dalam jemaah tetapi hati dalam kumpulan lain.” ujar beliau di laman Facebook miliknya.

Nasrudin turut mengulas tentang Tahalul Siyasi yang menjadi pegangan PAS di dalam PR dimana ianya seharusnya tidak menjadi alasan untuk pemimpin PAS mengutamakan perjuangan gabungan tersebut sehingga mengabaikan arahan dan juga asas dan matlamat perjuangan PAS.

“Tahaluf ertinya kerjasama. Siyasi ertinya dinisbahkan kepada politik. Tahaluf siyasi ertinya kerjasama dalam aspek politik. Maka, ia bukan hubungan yang menyerahkan wala’ kepada rakan tahaluf. Ia juga bukan hubungan intima’ yang mengikat diri dalam segala aspek termasuk prinsip agama, perjuangan dan wadahnya.” tambah Nasrudin lagi.

Sementara itu, susulan kemelut yang melanda Selangor,Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memendekkan percutian luar negaranya dan akan pulang pada 23 Ogos, empat hari lebih awal daripada jadual asal, kata sumber kerajaan negeri. Baginda pada awalnya dijadual pulang pada 27 Ogos. Krisis menteri besar Selangor kini bergantung kepada keputusan Sultan Selangor selepas pulang nanti.-UtaraNews.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s