RIBUAN WARGA KOTA PELBAGAI KAUM KONGSI KEHIBAAN … BERTAFAKUR… #MH17

KUALA LUMPUR – Ribuan warga kota pelbagai kaum berhimpun di Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad bagi bersama-sama berkongsi kehibaan sempena Hari Perkabungan Negara.

Mereka turut bertafakur seminit pada 10.54 pagi selepas semua jenazah mangsa pesawat MH17 selamat diletakkan di dalam 20 kenderaan jenazah.

Orang ramai mula berkumpul sejak 9 pagi dengan berpakaian gelap untuk sama-sama menyaksikan detik jenazah tiba dari Amsterdam menggunakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH6129, menerusi sebuah skrin besar di dataran itu.

Pada detik tafakur itu, mereka turut bersama-sama seluruh rakyat beragama Islam membacakan surah al-Fatihah, manakala bukan Islam berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Ketika itu juga pemandu di persekitaran dua lokasi turut menghentikan kenderaan masing-masing, orang ramai turut sebak dan mengalirkan air mata ketika istiadat penghormatan jenazah mangsa nahas MH17 berlangsung di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

Pelancong luar turut menyertai ribuan warga Malaysia memberi penghormatan kepada mangsa MH17.

Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Sebanyak 43 orang termasuk penumpang dan anak kapal merupakan warga Malaysia.

Daripada jumlah itu, 20 jenazah tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA hari ini untuk disemadikan di tanah air. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s