PENDEKATAN BARU UNTUK SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI MASA AKAN DATANG

KUALA LUMPUR 9 Sept – Kerajaan sedang mengkaji pendekatan baharu untuk kaedah sambutan ulang tahun kemerdekaan bagi memastikan tiada masyarakat yang merasa terpinggir terutamanya rakyat di Sabah dan Sarawak.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ianya bertujuan mengelakkan rakyat di negeri-negeri Sabah dan Sarawak daripada merasa tersisih sekiranya bilangan ulang tahun dinyatakan kerana wujud perbezaan antara tahun kemerdekaan di Negeri Semenanjung dan Negeri Borneo.

“Kebiasaannya, kita akan merayakan Hari Kemerdekaan dengan menyebut ulang tahun, sebagai contoh, akan datang kita akan menyambut ulang tahun Kemerdekaan yang ke-60.

“Tetapi ini akan mengakibatkan rasa terpinggir terhadap beberapa masyarakat terutama rakyat di Sabah dan Sarawak kerana angka 60 itu mereka akan merasai bahawa mereka bukan sebahagian daripadanya.

“Sebab itu, saya meminta pandangan kemungkinan bermula tahun hadapan kita tidak akan sebut lagi ulang tahun yang ke berapa kerana ia hanya merujuk kepada negeri-negeri di Semenanjung,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian World Summit On Media For Children di Hotel Royale Chulan di sini hari ini.

Shabery menjelaskan, setakat ini beliau telah mendapat persefahaman yang baik dari kedua-dua kepimpinan dari Sabah dan Sarawak mengenai perkara tersebut.

“Ini adalah pandangan yang telah kita lontarkan dan kita telah mendapat respon yang baik dari kerajaan Sarawak dan saya rasa kepimpinan Sabah juga tidak akan ada sebarang masalah.

“Kalau ianya telah menjadi persetujuan bersama, saya akan kembali ke Kabinet untuk mendapat persetujuan tentang satu cara pendekatan untuk kita menyambut kemerdekaan,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s