PERLANTIKAN AZMIN ALI SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR TIDAK IKUT PERLEMBAGAAN ?

Kuala Lumpur – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bersetuju pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru tidak menepati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Mengikut perlembagaan itu, seseorang yang mahu diangkat menjadi menteri besar haruslah mendapat sokongan majoriti DUN Selangor.

“Saya sangat setuju. Saya dilihat amat tegas dalam pandangan saya yang kita tidak sepatutnya akur dengan syarat pertukaran dua nama ini dan perkenan istana, rakyat perlu mengikut Perlembagaan kerana kita bertanggungjawab ke atasnya.
“Dilema paling besar yang kita hadapi pada saat-saat akhir adalah bagaimana untuk maju ke hadapan dan tidak melanjutkan lagi isu ini, dan keperluan mematuhi Perlembagaan supaya mana-mana keputusan tidak akan memulakan telunjuk yang negatif,” ujarnya dipetik portal The Malaysian Insider.
Azmin pada mulanya dilaporkan sebagai tidak disokong parti untuk menjadi pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim, sebaliknya jawatan itu bermati-matian dikhususkan untuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Malah Azizah juga sebelum ini mengumumkan beliau kononnya mendapat sokongan 30 daripada 56 ADUN Selangor untuk menjadi menteri besar Selangor.
Bagaimanapun sebaik sahaja Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengumumkan Azmn sebagai peneraju Selangor yang baru, keputusan itu perlahan-lahan diterima semua pihak.
Pun begitu, Rafizi tetap menegaskan seseorang menteri besar itu perlu mendapat sokongan parti terlebih dahulu.
“Ini sebabnya kita perlu bersidang dengan biro politik dan bermesyuarat Jawatankuasa Pusat kerana tidak kira apa kebuntuannya, orang yang akan dilantik perlu disokong parti terlebih dahulu,” katanya.
Rafizi bagaimanapun mengakui Azmin memenuhi kriteria untuk menjadi seorang menteri besar.
“Beliau punyai kapasiti, tenaga dan ciri-ciri untuk menjadi MB yang lebih baik daripada Khalid, cuma perlu mengelak perangkap sama yang membawa Khalid di mana dia berada sekarang.
“Beliau perlu inklusif, melibatkan semua orang dan memegang janji yang dibuat, dan ingat mengapa kita berada di sini.
“Beliau perlu lindungi semua perkara yang membezakan kita – integriti, ketelusan, keterbukaan kita serta cara kita sayang dan lindungi mereka yang lemah dalam masyarakat,” ujarnya lagi.
Sementara itu menyentuh usaha-usaha PKR sebelum ini dalam menggugurkan Khalid, Rafizi mendakwa dua daripada tiga objektif Langkah Kajang berjaya dicapai parti itu meskipun berdepan dengan pergolakan politik.
Walaupun terpaksa menggunakan RM1.6 juta wang rakyat untuk menjalankan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang Februari lalu dan gagal mengangkat Presidennya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, namun apa yang penting bagi parti itu adalah kejayaan menggugurkan Khalid.
Kejayaan yang kedua yang didakwa ‘orang kuat’ Langkah Kajang itu juga adalah dapat meredakan ketegangan kaum dan agama di negeri ini.
“Saya tidak anggap Langkah Kajang satu kegagalan. Lain orang lain pendapatnya, tetapi saya rasa kita sudah pun capai dua daripada tiga objektif yang ditetapkan,” katanya memetik temubual bersama portal The Malaysian Insider.
Manakala objektif ketiga yang turut membabitkan prestasi kerja Azmin adalah memastikan perubahan dalam pentadbiran akan menambahbaik prestasi kerajaan Selangor dalam polisi dan program untuk membawa Pakatan Rakyat (PR) lebih dekat kepada menawan kerajaan persekutuan.
Di samping itu juga beliau rela dipersalahkan orang ramai yang melihat kepada ketidakstabilan Selangor bersabit Langkah Kajang itu kerana ia merupakan keputusan sebulat suara pimpinan parti.
“Jika mereka katakan seseorang perlu memikul tanggungjawab, maka proses yang relevan perlu berlangsung dan saya rela akur dan mengikut keputusan parti,” ujarnya.
Rafizi sebelum ini menjadi sasaran banyak pihak sebagai insan yang bertanggugjawab mencetuskan ‘Langkah Kajang’.
Suara.tv

One thought on “PERLANTIKAN AZMIN ALI SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR TIDAK IKUT PERLEMBAGAAN ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s