MAJLIS PEGUAM MEMALUKAN PEGUAM

Tindakan Majlis Peguam baru-baru ini yang menganjurkan perhimpunan jalanan bagi memansuhkan Akta Hasutan 1946 dilihat benar-benar memalukan dan menjejaskan kreadibiliti seluruh pengamal perundangan di Malaysia.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, sebagai badan bebas yang memperjuangkan konsep keadilan, Majlis Peguam tidak sepatutnya memperguna badan itu untuk kepentingan nafsu politik segelintir pihak.

Tegasnya, tindakan Majlis Peguam itu hanya disokong oleh kira-kira 7 peratus dari kalangan ahli, manakala hampir 93 peratus yang lain langsung tidak bersetuju dengan aktiviti yang menjejaskan imej profesionalisme guaman tersebut.

“Sebenarnya, tidak sampai tujuh peratus daripada anggota Majlis Peguam terlibat dalam perhimpunan jalanan itu manakala majoriti 93 peratus lagi tidak bersetuju badan tersebut dijadikan alat untuk memuaskan kepentingan individu tertentu.

“Kami mahu Majlis Peguam memperjuangkan atau mempertahankan kepentingan umum dan bukannya matlamat golongan minoriti,” katanya mengulas mengenai himpunan yang dianjurkan Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.

Christopher disifatkan menurut telunjuk dan kepentingan parti politik pembangkang yang mahu Akta Hasutan 1946 dimansuhkan, setelah akta sepenting ISA berjaya didesak untuk dimansuhkan sebelum ini.

Setelah ISA dimansuhkan, dilaporkan bahawa aktiviti jenayah terancang semakin bermaharajalela, termasuk kegiatan kongsi gelap yang semakin menunjukkan taring dengan pelbagai kejadian jenayah berlaku sehingga membimbangkan rakyat di seluruh negara.

Pihak pembangkang seterusnya menyalahkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kononnya pihak berkuasa itu “gagal” melaksanakan tanggungjawabnya menjaga keamanan negara, padahal parti-parti pembangkanglah yang mendesak supaya ISA dihapuskan sebelum itu.

Terkini, Akta Hasutan 1946 pula menjadi “mangsa” mahu dihapuskan para pemimpin pembangkang diyakini supaya mereka bebas melakukan hasutan jahat yang mampu menghuru-harakan kestabilan politik dan keselamatan negara. –Amir Hamzah/UtaraNews.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s