KPN WARNING JANGAN GANGGU PROSIDING KES PELIWAT TERSOHOR TANAHAIR !

SEREMBAN 28 Okt – Penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan agar tidak mengganggu prosiding Mahkamah Persekutuan, hari ini dan esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, semua pihak perlu menghormati proses undang-undang negara.
“Saya terima maklumat ada NGO dijemput untuk hadir beramai-ramai di Mahkamah Persekutuan.  Ini adalah satu proses undang-undang biasa, kita semua patut beri ruang kepada mahkamah untuk bersidang dalam keadaan aman tanpa gangguan mana-mana pihak baik di dalam atau luar mahkamah.
“Mana-mana tidak berkenaan, tidak perlu ganggu mahkamah, biarlah mahkamah bersidang dengan aman dan buat keputusan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penghormatan kepada ‘Unsung Heroes’  Pasukan Penyelamat MH17 di Dewan Terbuka D’Sury, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan, di sini, semalam.
Menurutnya, polis sudah bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku pada hari perbicaraan.
Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada hari ini dan esok akan bersidang bagi pendengaran rayuan Anwar terhadap hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s