UM BUAT LAPORAN POLIS PENCEROBOHAN KAWASAN KAMPUS

Pihak pengurusan Universiti Malaya, UM membuat laporan polis berhubung tindakan penyokong fanatik Datuk Seri Anwar Ibrahim menceroboh masuk ke kawasan kampus itu malam semalam.

Laporan dibuat di Balai Polis Pantai.

Ketua Unit Media dan Korporat UM, Izzad Zalman Abdul Kader berkata, peserta perhimpunan merempuh masuk ke dalam UM menyebabkan pagar utama universiti rosak. Hadir bersama adalah Pengarah Keselamatan UM, Yusof Harun dan pegawai keselamatan Khairul Anuar Abu Shari.

Katanya, pihak universiti sudah mengeluarkan amaran kepada pelajar dan kakitangan universiti untuk tidak menyertai perhimpunan berkenaan, tetapi mereka berdegil dan perhimpunan tetap di adakan juga.

“Perhimpunan itu telah diadakan secara haram di dataran tersebut. Tiada siapa boleh menceroboh masuk atau mengadakan majlis tanpa mendapat kebenaran UM terlebih dulu,” katanya.

Dalam insiden itu, kira-kira 300 belia termasuk beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) merempuh masuk pintu pagar UM pada 9.20 malam untuk menghadiri acara pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya dijadualkan di dewan itu.

Program itu tidak mendapat kebenaran UM dan pihak keselamatan universiti itu mengunci pintu pagar utama universiti.

– BERNAMA

Bunyinya sedap macam ada ketegasan….Ada masanya orang yang berada digedong ilmu boleh bertukar jadi pak pandir….buat laporan polis setelah Anwar selesai maki hamun kerajaan…bila nampak kerosakan yg banyak perlu diganti…mula terfikir nak cover line…sudah2lah sandiwara wahai UM……rakyat dah nampak tembelang kamu….UM bukan lagi gedung ilmu tetapi pusat melahirkan pemberontak…pada ibu bapa…jangan lagi menghantar anak2 ke UM selagi pengursan dan pentadbirnya tidak di tukar….  –  1 Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s