KERAJAAN AKAN TELITI SEMULA DRAF PINDAAN AKTA KESATUAN SEKERJA 1959

KUALA LUMPUR 30 Okt – Kerajaan akan meneliti semula draf pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 sebelum dibentang di Parlimen bagi memastikan ia relevan dengan situasi semasa.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, meskipun draf awal pindaan akta itu telah siap namun ia perlu mengambil kira cadangan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan yang dijangka dibentang tidak lama lagi, serta beberapa isu yang dibangkitkan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

“Kementerian akan meneliti semula draf bagi memastikan ia selaras dengan pindaan akta itu dan kehendak TPPA serta relevan dengan situasi semasa.

“Cadangan pindaan yang siap kelak akan dipapar dalam laman web untuk mendapatkan maklum balas, sebelum dibentang ke pihak kesatuan serta majikan, dan seterusnya dibawa ke Parlimen,” katanya pada sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) tentang langkah-langkah kerajaan menambah baik Akta Kesatuan Sekerja.

Ismail berkata sebelum pindaan dibuat, kementerian mengadakan beberapa siri perbincangan untuk menyemak dan meneliti peruntukan-peruntukan dalam akta terbabit yang perlu dikaji semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s