GAMBAR – INDIVIDU REMPUH PAGAR UM DIBURU POLIS

alt

KUALA LUMPUR 22 Nov – Polis pada Jumaat mengeluarkan gambar 21 individu yang boleh membantu siasatan kes pencerobohan di Universiti Malaya (UM) bulan lepas.

Dilaporkan bahawa sebelum ini UM membuat laporan polis berhubung pencerobohan dan kerosakan pintu pagar semasa himpunan ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah menggesa 21 individu berkenaan tampil membantu siasatan.

alt

“Saya ingin menjelaskan bahawa kami tidak akan menangkap mereka sebaliknya kami hanya mahu merekodkan kenyataan mereka.

“Bantuan mereka penting bagi melengkapkan siasatan peringkat akhir. Sila maklumkan kepada mereka jika anda mengetahui siapa mereka,” katanya.

Bagaimanapun katanya, polis berkemungkinan akan mendapatkan waran tangkap sekiranya kesemua 21 individu terbabit gagal tampil membantu pihak polis.

alt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s