PENERBANGAN AIRASIA INDONESIA HANYA BERSANDARKAN LAPORAN KAJICUACA JABATAN METEOROLOGI SAHAJA

Agak mengejutkan juga membaca laporan berita ini, Airasia hanya bersandarkan laporan kajicuaca jabatan meteorologi semata-mata tanpa ada sebarang taklimat daripada pegawai yang mahir dalam kajicuaca.
Jika benar pendedahan ini Air Asia mungkin bakal berdepan dengan satu lagi tindakan tindakan tegas kerana melangkau prosedur penting dalam penerbangan. Itulah pentingnya SOP.

Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan berang dengan AirAsia Indonesia yang didakwa tidak mematuhi prosedur, menurut laporan detik.com
Menteri itu dilaporkan marah selepas melawat ibu pejabat penerbangan itu di Jakarta bagi meninjau tatacara prapenerbangannya.
Memetik kenyataan menteri itu, detik.com melaporkan Jonan memberi amaran tegas yang tindakan akan diambil terhadap sebarang pelanggaran.
“Pak Jonan marah-marah di pejabat AirAsia. Marah besar,” kata Hadi M Djuraid, kakitangan khas kepada menteri perhubungan, lapor detik.com.
Menurut Hadi, Jonan mendapati AirAsia melangkau satu tahap prosedur.
“Sebelum berlepas, juruterbang seharusnya mendapat taklimat secara langsung oleh pegawai operasi penerbangan (FOO) khususnya mengenai cuaca.
“Tetapi AirAsia selama ini cuma bergantung kepada lamanweb Badan Meteorologi, Cuaca, dan Geofizik (BMKG),” kata Hadi.
Sementara itu, akhbar Tempo melaporkan seorang pengarah AirAsia Indonesia yang tidak dinamakan mengaku penggunaan maklumat cuaca penerbangan dari BMKG adalah “cara tradisional” mereka.
Menurutnya dengan cara itu, juruterbang membaca terus laporan cuaca itu tanpa perlu mendengarnya dari pegawai operasi penerbangan.
Namun, menteri bertegas agar AirAsia Indonesia menambah bilangan pegawai operasi penerbangan agar kecelakaan yang sama tidak berulang. M Kini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s