AKHIRNYA… ‘ANJING KERAJAAN’ SELAMATKAN ‘OTAI REFORMIS’…. SEE.. !!!

Aman; itu adalah perkara pokok yang menjadi sandaran dan pegangan setiap inci tubuh badan mereka yang sertai Himpunan Merah semalam.

Tiada provokasi, tiada darah berdarah, tiada parang berparang, tiada ludah meludah. Aman.

Berbudaya samseng jalanan, pendukung reformasi Anwar Ibrahim tiba-tiba muncul untuk memulakan provokasi ke atas baju merah, dan Petaling Street dijadikan modal untuk mencipta rasis, sekalipun kawasan ini tidak tersenarai di dalam laluan himpunan.

Media pembangkang, beserta soldadu-soldadu maya pro DAP sedaya upaya, sederap usaha mengembleng tenaga untuk memainkan isu perkauman dengan gambar-gambar peserta himpunan merah yang berkumpul di hadapan Petaling Street. Kononnya Melayu ingin serang Petaling Street, tempat yang terkenal dengan barang-barang tiruan dan dikuasai oleh peniaga-peniaga berbangsa cina.

Hakikatnya, para peserta yang penulis ditemui sekadar ingin “berselfie” dan “berwifie” dengan gerombolan yang mengaku dirinya otai, yang provokasinya sangat tidak masuk akal jika laluan himpunan diambil kira.

Melayu itu tinggi adabnya, rendah biadapnya. Namun, apabila ada yang biadap terhadapnya, hadapilah mereka. Namun, kelibat reformis langsung tidak kelihatan sewaktu sebilangan kecil baju merah singgah untuk “bermesra” dengan mereka. Persis bacul, mulut sembang tinggi melangit, hati sekecil tungau. Apa lah sangat untuk mereka keluar dan berjumpa dengan bilangan kecil baju merah yang berhimpun di situ, berbanding dakwaan otai bahawa seramai 2000 lebih geng otai yang menanti. Kan?

Bonus bagi reformis, apabila golongan yang pernah mereka panggil “anjing kerajaan” atau “barua kerajaan” rupanya menjadi tembok pemisah dari menjadi buruan baju merah yang ingin “berwefie”.

Dengan tegas dan tidak berganjak, pihak berkuasa konsisten untuk terus menjaga keselamatan reformis sungguhpun mereka sendiri yang memulakan provokasi ke atas baju merah. Anggota Polis, dan FRU ditempatkan di pintu utama Petaling Street sehingga ke malam hari. Begitulah komitednya “anjing kerajaan” dalam memastikan keselamatan awam, tanpa mengira latar belakang.

Penulis sendiri berada di kalangan baju merah. Dan baju merah hadir ke Petaling Street bukan untuk membuat kacau ke atas peniaga-peniaga Cina di Petaling Street, tetapi “terangsang” dengan ucapan berbaur provokasi dari seorang bangsa Melayu berparti DAP terhadap himpunan penyatuan bangsanya sendiri. – MYKMU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s