PM PERJELASKAN ISU 1MDB KEPADA PEMIMPIN PERNIAGAAN AS

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mengulas atau memberi penerangan tentang isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada pemimpin perniagaan AS adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata Najib mengadakan pertemuan dengan mereka semasa lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

“Semasa jamuan tengah hari dengan ahli perniagaan sehari sebelumnya, Najib menyentuh tentang kelemahan model perniagaan 1MDB yang disifatkan beliau terlalu idealistik.

“Najib jelaskan bahawa hanya RM1 bilion dilabur bagi melaksanakan pembangunan hartanah dan RM18 bilion bagi membeli loji jana kuasa, menyebabkan syarikat menanggung hutang pembiayaan yang besar,” katanya menerusi catatan terbaharu dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my, di sini Isnin.

Najib turut memberitahu tetamu yang beliau yakin syarikat akan dapat melaksanakan proses rasionalisasi dengan pengurangan hutang besar-besaran, menjelang hujung tahun ini, kata Salleh.

Katanya Najib juga memaklumkan kepada pemimpin perniagaan bahawa dalam tempoh beberapa hari lagi akan diumumkan pengurangan hutang 1MDB yang signifikan kepada RM16 bilion.

Namun, semua ini tidak dilapor oleh portal berita tempatan yang nampaknya mengelak untuk menyiarkan sebarang berita baik berhubung 1MDB, katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s